Eh betul ke ni? Nampaknya tindakan tunang kepada pelakon dan pengarah Hans Isaac, Gabriella Robinson memadam kesemua gambar bersama Hans mendapat perhatian ramai.

Menurut sumber daripada Beautifulnara selepas Hans Isaac mengumumkan khabar tentang penangguhan perkahwinannya baru-baru ini, akaun instagram Hans turut berubah dan beberapa gambar turut dipadam.

IKLAN

“Dulu lepas Hans umumkan tunda kahwin, ada lagi gambar makan malam dengan keluarga. Lepas itu Hans dah pun padam gambar itu. Tinggal gambar lama saja. Kali akhir periksa Instagram Gabriella ada lagi gambar Hans, sekarang dah tak ada batang hidung Hans,” kata sumber di portal tersebut.

Namun bukan itu sahaja, ramai pengikut juga turut perasan dan membuat andaian mereka sendiri terhadap perkara ini.

IKLAN

Malah ada juga yang menganggap pasangan ini sedang dilanda masalah.

IKLAN

Sungguhpun begitu, MH Online harap agar pasangan ini tidaklah berada dalam situasi seperti apa yang mereka fikirkan. Mungkin ini hanya sekadar kebetulan sahaja.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI