
Penyanyi pop terkenal, Britney Spears, mengaku bersalah atas pertuduhan pemanduan melulu susulan insiden memandu di bawah pengaruh (DUI) yang berlaku pada Mac lalu di California.
Pengakuan tersebut dibuat menerusi wakil guamannya dalam prosiding di Mahkamah Ventura County, sekali gus menyaksikan pertuduhan asal DUI diringankan kepada kesalahan lebih ringan dikenali sebagai “wet reckless”.
Berdasarkan perjanjian pengakuan bersalah yang dicapai, Britney tidak dikenakan hukuman penjara. Sebaliknya, beliau dijatuhi hukuman percubaan selama 12 bulan, didenda kira-kira AS$571 (RM2,700) serta diwajibkan mengikuti program pendidikan berkaitan alkohol selama tiga bulan.
Dalam masa sama, penyanyi berusia 44 tahun itu turut diperintahkan menjalani sesi kaunseling psikologi setiap minggu serta berjumpa pakar psikiatri dua kali sebulan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.
Menurut laporan, Spears ditahan pada 4 Mac lalu selepas didapati memandu secara tidak stabil sebelum gagal dalam ujian ketenangan (field sobriety test
).BACA JUGA: “Saya Tidak Akan Kembali Lagi Ke Industri Muzik,” – Britney Spears
Pihak pendakwaan memaklumkan bahawa keputusan menawarkan perjanjian tersebut dibuat dengan mengambil kira beberapa faktor, termasuk ketiadaan rekod kesalahan DUI sebelum ini, tahap alkohol dalam darah yang rendah serta tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan.
Sementara itu, wakil penyanyi berkenaan menyatakan bahawa Britney menerima sepenuhnya tanggungjawab atas perbuatannya dan komited untuk menjalani rawatan serta memperbaiki diri.
Sekadar info, Britney Spreas merupakan penyanyi remaja paling berjaya era 2000-an sehingga album-album yang dihasilkan berjaya terjual lebih 150 juta keping. Selain itu beliau juga memiliki bisnes rangkaian minyak wangi yang terkenal sehingga kini.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan