Jika anda penggemar filem KL Gangster (KLG), pasti anda ingat babak pergaduhan di antara pelakon utamanya, Aaron Aziz dan gangster pasar borong yang dilakonkan oleh pelakon, P. Jegan.

Baru-baru ini, menerusi satu hantaran video di aplikasi Tik Tok, P. Jegan ada menjawab pertanyaan peminat mengenai penglibatannya di dalam filem KL Gangster terbaharu.

Jelas P. Jegan, mungkin sudah tiada harapan lagi untuk peminat melihat dia kembali beraksi di dalam filem berkenaan.

Malah, pelakon berbangsa India itu turut mendedahkan dia pernah menunggu sehingga tamat penggambaran filem KL Gangster 2 namun, khidmatnya tidak diperlukan.

@p_jeganJegan Dah Bosan Menunggu Buat Sendiri Filem Gengster Pasar Borong Lagi Senang

♬ original sound – P Jegan


“Ramai yang bertanyakan kepada saya adakah saya terlibat di dalam filem KL Gangster 3? Rasanya tinggal harapan sahajalah.

“Sebelum ini, masa filem KL Gangster 2, saya standby sampai hari terakhir penggambaran. Akhirnya tidak dipanggil. Selepas habis penggambaran, baru saya dapat tahu yang saya tidak akan terlibat di dalam filem tersebut.

“Saya tak mahu salahkan sesiapa. Namun, saya harus menjawab persoalan-persoalan daripada para peminat dan pengikut di media sosial. Bila jumpa di luar, mereka mesti bertanyakan soalan ini,” katanya.

IKLAN

Katanya lagi, dia juga tidak tahu apa yang sedang berlaku selepas pengarah, Syamsul Yusof kini sedang sibuk mempersiapkan filem terbaru yang berjudul, The Original Gangster.

“Bila ada pula yang tanya tentang penglibatan saya di dalam KL Gangster 3, saya pun tak tahu nak jawab macam mana?

“Ada satu ketika itu, saya ingatkan seperti ada harapan untuk Gangster Pasar Borong kembali semula untuk beraksi. Tiba-tiba sekarang lain pula ceritanya. Banyak sangat perkara kalau nak bercerita.

“Sekarang pula dah tiada KL Gangster 3. Digantikan dengan The Original Gangster. Saya pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku,” kongsinya lagi.

IKLAN

Dek kerana bosan menunggu, P. Jegan mendedahkan dirinya sedang berusaha untuk menghasilkan sendiri filem berkisarkan gangster pasar borong demi memenuhi permintaan peminat.

“Bagaimanapun, pada pendapat saya, permintaan peminat tidak seharusnya kita hampakan. Bila dah jadi begini, saya tiada pilihan lagi.

“Kalau sudah tiada lagi perkara yang kita boleh persetujui bersama, saya putuskan untuk buat filem sendiri. Saya akan usahakan filem Gangster Pasar Borong. Bukan sekarang tapi dalam masa terdekat.

IKLAN

“Saya dah bosan menunggu. Babak di pasar borang tidaklah besar sangat tapi dah masuk 13 tahun pun orang masih boleh ingat. Itu bermakna babak tersebut boleh pergi jauh.

“Namun, ramai yang tidak berfikir. Mereka khayalkan perkara yang tak berlaku. Dalam erti kata lain, syok sendiri. Awak buat cara awak, saya dengan cara saya,” akhirinya.

Sebelum ini, Syamsul pernah memaklumkan filem The Original Gangster bukan sambungan bagi francais KL Gangster sebaliknya merupakan filem baharu.

Baru-baru ini pula, The Original Gangster sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas Aaron Aziz mendedahkan dirinya telah dibuang daripada membintangi filem berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok P. Jegan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI