“Boringlah Politik Lucah,” – Sufian Suhaimi Kongsi Orang Muda Mahu Tahu Apa Yang Boleh Ditawarkan Untuk Maju, Bukan Siapa Main Dengan Siapa!

Share

Selepas beberapa selebriti memberikan pandangan terhadap politik semasa negara, kini giliran penyanyi, Sufian Suhaimi menerusi Twitter menempelak isu video lucah yang tersebar melibatkab seorang individu yang dikenali sebagai Haziq Aziz bersama seorang lelaki yang dikatakan mirip seorang menteri kabinet.

Kongsi bintang berusia Sufian 27 tahun itu, golongan muda mahu melihat pihak kerajaan atau lawan dalam membangunkan negara, bukan hal sebaliknya.

“Boringlah politik lucah. Orang muda nak tengok apa yang kerajaan/pembangkang boleh bagi pada negara, rakyat untuk lebih maju.

“Bukan siapa main dengan siapa. Dah separuh 2019, kita ketinggalan dalam banyak perkara,” tulisnya sambil disusuli dengan komen pengguna Twitter lainnya.

Rata-rata dilihat turut berkongsi hujah masing-masing.

Sehingga kini, posting dari penyanyi Di Matamu itu sudah pun mendapat hampir 10,000 tanda suka.

Foto: Instagram/Twitter Sufian Suhaimi

IKLAN