Pelakon dan model, Mustaqim Bahadon meninggalkan pesan kepada para peniaga online menerusi satu entri di laman Instagramnya, hari ini.

Mungkin rasa kurang senang dengan iklan-iklan yang banyak ditinggalkan di ruangan komennya membuatkan pelakon filem KL Special Force ini bertindak sedemikian.

“Nak jual ubat kurus, ubat tinggi ke ubat pendek, krim putih ke kelabu ke. Nak promote kain batik atau nak beli duit lama ke.

 

“Boleh berniaga ke apa cuma jangan nak hantar ke setiap gambar saya boleh?,” pesannya.

https://www.instagram.com/p/BoM9nLahTFZ/?taken-by=mustaqimbahadon

Perkongsian Mustaqim itu mendapat banyak reaksi porsitif daripada netizen. Rata-rata mereka turut menyatakan rasa kurang senang terpaksa membaca segala ‘iklan’ tersebut.

IKLAN

“Boleh Nak Berniaga Ke Apa Cuma…,” – Pesanan Mustaqim Bahadon Buat Peniaga Online

“Boleh Nak Berniaga Ke Apa Cuma…,” – Pesanan Mustaqim Bahadon Buat Peniaga Online

IKLAN

Tidak dinafikan, zaman kini memang pelbagai cara dapat kita lihat untuk orang berbuat duit malah saban hari, macam-macam kes berkaitan ‘scammer’ yang dapat kita lihat.

IKLAN

“Boleh Nak Berniaga Ke Apa Cuma…,” – Pesanan Mustaqim Bahadon Buat Peniaga Online

Apa-apapun, pada MH, mungkin Mustaqim ingin menggunakan laman IG untuk berinteraksi dengan para peminatnya dan bukan untuk membaca segala iklan itu. Moga-moga, ‘peniaga online’ dapat ‘take note’ pesannya itu ya!

Foto/Instagram: Mustaqim Bahadon

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI