Duo fesyen terkenal Rizman Ruzaini melancarkan program RR Royalty sebagai penghargaan kepada pelanggan setia mereka bermula 1 Mac depan.
Menurut Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, program itu adalah hadiah istimewa untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan jenama RR by Rizman Ruzaini.
“Pelanggan kami boleh miliki baju raya paling stylish dengan diskaun sebanyak 25 peratus secara eksklusif RR by Rizman Ruzaini.
“Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan tapi tak mengapa, kerana kami mahu program ini tercipta dengan sempurnanya agar setiap RR Royalty mendapat manfaat sepenuhnya.
“Inilah hadiah istimewa kami untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan RR by Rizman Ruzaini dari bertatih sehingga mampu berlari selaju sekarang ini. Terima kasih RR Royalties,” katanya.
Menurutnya, selain diskaun 25 peratus untuk koleksi Raya RR 2024, dengan setiap pendaftaran RR Royalty secara automatik membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus untuk pembelian item RR by Rizman Ruzaini.
Ads
“Setiap perbelanjaan yang dibuat akan diganjarkan dengan pengumpulan mata. Setiap RM1 bersamaan 10 mata yang terkumpul. Mata ini boleh ditebus sepanjang tahun dengan had minimum 20,000 mata pada setiap penebusan.
“Tidak hanya itu, banyak lagi keistimewaan yang akan dinikmati apabila bergelar RR Royalty, seperti undangan eksklusif untuk menghadiri pertunjukan fesyen,” katanya.
Menurut Rizman lagi, RR Royalty juga akan menerima hadiah ulang tahun kelahiran berupa 1000 mata pada tarikh lahir.
Ads
Berkongsi lanjut, koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini bertemakan Sempurnanya Syawal Bersama Rizman Ruzaini.
Ads
Seramai 26 muses diperkenalkan, mereka terdiri daripada nama-nama malar segar dan baru antaranya Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Rozita Che Wan.
Turut berada dalam senarai ialah Izara Aishah, Nadiyah Shahab, Sean Lee, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Shahrul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli dan ramai lagi.
Untuk menikmati diskaun 25 peratus itu, anda hanya perlu menyertai RR Royalty Program dengan mendaftar di laman web rasmi RR.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meghan Markle sekali lagi mencuri perhatian apabila penjenamaan semula perniagaan gaya hidupnya, As Ever, dikatakan meniru lambang rasmi sebuah bandar kecil di Mallorca, Sepanyol.
Menurut laporan, logo baharu jenama As Ever memaparkan pokok palma dengan dua ekor burung kelicap di sisi, yang didakwa hampir serupa dengan lambang rasmi bandar Porreres, yang turut menampilkan pokok palma tetapi dengan dua ekor burung layang-layang.
Dalam satu temubual bersama El País, Datuk Bandar Porreres, Xisca Mora, meluahkan rasa terkejut dan kecewa apabila mendapati logo As Ever begitu mirip dengan lambang rasmi bandar mereka.
“Kami pada mulanya ingat ini berita palsu. Tapi bila media mula menghubungi kami, barulah kami sedar betapa seriusnya perkara ini,” kata Mora.
Beliau menegaskan bahawa reka bentuk itu adalah salinan total dan bukan kebetulan, memandangkan lambang Porreres telah wujud sejak tahun 1370 dan digunakan secara meluas di bandar tersebut.
Kiri: Logo As Ever milik Meghan Markle, Kanan: Logo Bandar Porreres
Tak mampu saman
Meskipun berasa tidak puas hati, Mora mengakui bahawa pihaknya tidak mampu untuk membawa perkara ini ke mahkamah.
“Melaporkan kes plagiat bukan mudah dan memerlukan kos tinggi. Dewan bandar kecil seperti kami tidak mempunyai sumber kewangan untuk melawan kerabat diraja British,” jelasnya.
Bagaimanapun, beliau tetap akan menghubungi pihak Meghan Markle untuk meminta jenama As Ever membuang logo tersebut kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi buat penduduk Porreres.
Wakil Meghan pertahankan logo
Di sebalik tuduhan yang semakin hangat diperkatakan, wakil Meghan dan suaminya, Putera Harry, tampil memberi penjelasan.
Menurut kenyataan yang diberikan kepada The Independent, logo As Ever sebenarnya terinspirasi daripada kehidupan mereka di California.
“Logo ini direka khas dengan pokok palma sebagai simbol kediaman Duke dan Duchess di California, sementara dua burung kolibri dipilih kerana ia adalah burung kegemaran Putera Harry,
“Bentuk yang digunakan untuk mengelilingi burung dan pokok itu direka secara eksklusif bagi mencipta lambang yang unik dan peribadi. Kami juga telah melakukan carian global untuk memastikan tiada konflik dengan tanda dagangan berdaftar yang lain,” kata mereka.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Doktor selebriti, Dr. Say Shazril memaklumkan isterinya Dr. Azura kini disahkan hamil tiga bulan.
Menerusi entri di Instagram, Say memberitahu dia dan isteri tidak merancang untuk menimang cahaya mata namun tetap bersyukur atas rezeki yang telah dikurniakan.
Dalam pada itu, hos rancangan bual bicara Tanya Doktor ini meluahkan rasa syukur dan berharap semuanya akan dipermudahkan.
“Topik : Alhamdullilah, Adik Ace In The Making
Masa sebulan bini missed period & positive urine pregnany test, ikutkan hati nak sy kongsi kat satu dunia berita baik ni.
“Tapi pengalaman & kesedihan keguguran lepas mengajar sy untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya larang sy share kat socmed).
“Lepas 3 bulan menahan, arini tuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri2 ja). Kelihatan sihat & lincah bergerak kandungan bini. Terukir senyuman luas pada muka sy & bini.
“3 bulan lepas keguguran, kami berjaya menimang cahaya mata baru ni. Betul lah macam apa yg kalian katakan “sekali gugur, senang nak lekat”.
“Yg ni memang kami tak rancang tapi penangan PKP, makan & tidur & bersama, ulang hari2 Alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat sy nak mintak izin bini, terus dia cakap “u nak btau satu dunia lah tu kan?”. Sy tersenyum malu, tapi mahu!
“Maka Alhamdullilah peeps! ADIK ACE IS CURRENTLY IN THE MAKING! 3 bulan yg genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan.
Pada masa yang sama, Say memberitahu isterinya turut mengelami alahan yang teruk sepanjang kehamilan ini.
“Doakan kandungan kami ni sihat sejahtera please. Ampun sy lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Sy tau ampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yg penting kali ni #TeamDaddy #SayJr!
“P/S : Tajam mata ampa tengok kat post bini & story sy ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh sy cover cakap tu buncit penangan Musang King ahaha,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan ini menerusi ruangan komen entri tersebut.
Sebelum ini, Azura mengalami keguguran anak kedua sekita Ogos tahun lalu.
Foto: Instagram Dr Say
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona alaf baru, Erra Fazira difahamkan akan mengerjakan haji bulan hadapan.
Malah, pemergiaannya ke tanah suci kira-kira selama dua minggu itu juga tidak akan ditemani rakan atau ahli keluarga.
“Erra akan ke sana tanpa ahli keluarga atau kawan kawan. Insya-Allah Erra akan berada di Mekah selama dua minggu,” menurut rakan terdekatnya, seperti yang dipetik MHE.
Malah, dikhabarkan penyanyi Jendela Hati itu turut merakamkan rasa teruja dan gembira kerana sekali lagi dapat menjadi tetamu Allah.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.