“Boleh Berjujuran Air Mata Frontliner Tengok Video Basyirah Ni…,”- Ramai Tersentuh Single Terbaru Tok Ti, Miliki Makna Mendalam

Share

Datuk Seri Siti Nurhaliza telah pun melancarkan satu lagu single terbaru berjudul Basyirah pada Jumaat.

Lagu istimewa sempena Ramadan ini agak berbeza kerana liriknya yang menyentuh situasi semasa dunia ketika ini yang berdepan pandemik Covid-19.

Malah, lirik video lagu berkenaan juga sudah boleh ditonton menerusi Youtube rasmi penghibur terkenal itu.

Lalu selepas dilancarkan, lagu tersebut mendapat perhatian meluas serta menerima maklum balas positif daripada pencinta muzik.

“Boleh berjujuran air mata frontliner tgk video #Basyirah ni. #Basyirah ditujukan kpd frontliner, yg jasa mereka tak mampu dibalas.

“#TerimaKasihHero kami. Saya tgk part ‘rindu sambal mak’ tu terus igt mak di kampung,” tulis seorang peminat.

Malah ada juga yang memberi reaksi seperti;

Basyirah merupakan lagu hasil ciptaan gandingan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun bersama penulis liriknya, Ahmad Fedtri Yahya.

Gambar: Instagram Siti Nurhaliza

IKLAN