MH pasti ramai yang masih ingat dan kenal dengan bekas pelakon dan juga penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Bob telah dikejarkan ke Jabatan Kecemasa, Hospital UITM Sungai Buluh malam kelmarin akibat daripada mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Menurut sumber berita ini diketahui daripada sebuah akaun Facebook parti politik yang disertai oleh Bob sejak tahun 2011.

IKLAN

“Bob Lokman, jam 11 semalam telah dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital UITM Sungai Buluh. Jantung dan paru-paru Bob Lokman ada masalah,” tulis laman Facebook berkenaan semalam.

Dalam pada itu akaun Facebook parti politik tersebut turut mengajak orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada isteri Bob bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung untuk menghadapi dugaan ini.

“Tanggungannya ramai dan isterinya tidak bekerja. Diharap ada yang boleh beri sumbangan untuk meringankan beban yang dihadapi,” tambah laman Facebook itu.

MH berharap orang ramai di luar sana sudi untuk membantu memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

IKLAN

Terdahulu, pada tahun 2013 Bob pernah dikejarkan ke hospital kerana mengalami sesak nafas ketika sedang makan buah durian dan dua bulan selepas itu dia dikejarkan ke hospital lagi akibat daripada masalah yang sama.

IKLAN

Diharapkan kesihatan Bob kembali pulih seperti sediakala dan segala urusan dipermudahkan.

Sumber: Astro Gempak & Facebook

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI