Trend adaptasi novel ke kaca TV atau layar perak terus mendapat sambutan ramai dan mendorong ramai penerbit mendapatkan novel berkualiti untuk diadaptasi.

Bagi syarikat Aanomalous Films, novel Biniku Ninja karya Azlan Andi menarik perhatian mereka.

Pengarahnya, Syed Fariz berkata, karya itu juga adalah kisah benar penulis dan isterinya Sabatini.

“Apatah lagi naskhah ini amat popular dan diminati ramai hingga ke Indonesia. Atas faktor itu jugalah menarik minat kami untuk adaptasi Biniku Ninja ke kaca TV,” katanya kepada Media Hiburan.

Biniku Ninja Diminati Hingga Ke Indonesia

Berkongsi mengenai drama 20 episod ini kata Syed Fariz, produksi itu menjalani penggambaran di Eropah selama 45 hari melibatkan beberapa bandar di tiga negara iaitu Perancis, Belgium dan Belanda.

IKLAN

“Semasa di Perancis kami menjalani penggambaran di Cannes, Nice dan Paris manakala di Belgium, kami menjalani penggambaran di Ghent, Bruges, Brussels dan Antwerp dan terakhir di Amsterdam, Belanda,” jelasnya.

Tambah Syed Fariz, mereka ke sana seramai 22 orang iaitu lima pelakon dan selebihnya krew dan mereka saling memahami dan bekerjasama.

“Saya senang dapat bekerja dengan Jihan Muse dan Ungku Hariz. Mereka berbakat dan sangat profesional. Mereka selalu buat homework untuk watak masing-masing.

 

“Malah sebelum penggambaran kami duduk bersama untuk berkenalan dengan Azlan dan Sabatini. Dari situ Jihan dan Ungku Hariz dapat maklumat tentang karakter sebenar mereka,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, atas faktor logistik dan kewangan, pihaknya terpaksa mengubah beberapa fakta dari novel.

“Misalnya, Azlan dan Sabatini belajar di United Kingdom tapi kami ubah ke Perancis dan Belgium untuk memudahkan penggambaran.

Tampil Kelainan

IKLAN

Syed Fariz berkata, drama ini juga menunjukkan bagaimana kehidupan susah senang pelajar Malaysia di Eropah.

“Kita dapat melihat bagaimana pasangan yang berkahwin muda belajar erti bercinta selepas berkahwin.

 

“Kebanyakan kita akan bercinta dahulu sebelum berkahwin, tapi Azlan dan Sabatini merasai pengalaman yang tak ramai dapat kecuali pada orang dulu-dulu.

 

“Juga kita dapat menghargai maksud kenapa Islam menggalakkan umatnya mengembara dan berjalan kerana muka bumi ALLAH ini tersangat luas dan banyak rahsianya,” jelasnya.

Selain Jihan dan Ungku Hariz, drama ini turut dibintangi Mark Adam, Zain Hamid, Aziz M Osman, Aida Khaleda dan Chew Kin Wah.

Biniku Ninja berkisarkan Azlan berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke United Kingdom setelah mendapat tawaran menyambung pengajian ijazah dalam aliran seni.

IKLAN

Dalam kesibukannya belajar, Azlan telah berjumpa dengan seorang gadis berniqab bernama Sabatini ketika terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar.

Selepas tiga minggu Azlan menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar dan banyak perkara yang terpaksa ditempuhi bersama.

Biniku Ninja Diminati Hingga Ke Indonesia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI