Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mengumumkan sesuatu menerusi laman Instagramnya, semalam.

Menggunakan ayat ‘coming soon’, Aliff bakal muncul dengan ‘single’ terbarunya tidak lama lagi.

“Patut tak sy share kat korang semua esok teaser lagu sy?

“Sebenarya sy neves nak share.. lagu ni sy dah rakam 3bulan awal dr #bobodimana dgn komposer paling terkenal di malaysia.

“Semasa first deal mcm nak ke eroupe jumpa komposer ni.. sbb dia tak duduk malaysia dah… sbb dia memng supers bz.

“Dia cikgu vokal juga… dia cakap sy ada tone yg sedap tpi perlu byk berlatih jadi saya hold lagu ni dan buat lagu di indonesia sbb nak berlatih vokal.

IKLAN

“Dan tak sangka lagu #bobodimana di hujat dan dikecam hebat soo sy amat sedih sgt.. jadi lagu baru sy ni patut tak saya reles?,” soalnya kepada netizen.

Susulan itu, Aliff menerima banyak respon daripada netizen, ada yang menyokongnya agar tidak mudah mengalah dengan kecaman orang ramai.

IKLAN

Bimbang Kalau Lagu Baru Dikecam Seperti Bobo Di Mana, DS Aliff Tanya Ini Pada Netizen…

Bimbang Kalau Lagu Baru Dikecam Seperti Bobo Di Mana, DS Aliff Tanya Ini Pada Netizen…

Namun begitu, ada juga yang menasihati Aliff agar dia hanya fokus dalam bidang perniagaan sahaja.

IKLAN

Bimbang Kalau Lagu Baru Dikecam Seperti Bobo Di Mana, DS Aliff Tanya Ini Pada Netizen… Bimbang Kalau Lagu Baru Dikecam Seperti Bobo Di Mana, DS Aliff Tanya Ini Pada Netizen…

Sebelum ini, lagu kolaborasi antara Aliff, Nur Sajat dan Lucinta Luna bertajuk Bobo Di Mana mendapat kecaman netizen kerana dikatakan seperti ‘soft porn’.

Bagaimanapun, lagu itu mendapat kedudukan trending di Youtube.

Foto/Instagram: DS Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI