Tegas dengan prinsip, rumah tangga bukanlah berlandas semata-mata kerana cinta, sebaliknya Datuk AC Mizal turut menegaskan perkahwinan usah disandarkan hanya kerana nafsu dan cinta.
Lebih 17 tahun melayari rumah tangga bersama isteri, Datin Emylia Rosnaida, bintang yang mesra disapa Datuk AC ini memaklumkan hubungan mereka terbina menerusi persefahaman dan kepercayaan.
Malah, dia turut berkongsi rahsia, paling penting adalah bilik tidur!
“Rahsia paling utama untuk bertahan dalam rumah tangga adalah bilik tidur yang kemas. Bilik tidur adalah tempat untuk kita luangkan masa berdua dengan isteri.
“Bayangkan kalau bilik tidur bersepah, pulang daripada kerja dengan kepala kusut, pasti boleh menimbulkan pergaduhan,” kongsinya kepada MH.
Tambahnya lagi, ijabkabul bukan hanya termetrai atas suka sama suka sahaja, tetapi hal lain juga perlu diambil kira.
Ads
“Apabila kita berkahwin atas dasar cinta, itu yang menjadi masalah kerana cinta sebenarnya ada banyak kepura-puraan.
“Jadikan suami atau isteri sebagai kawan baik untuk berkongsi semua masalah dan saya tidak faham apabila ada pendapat mengatakan suami isteri tidak boleh kerja bersama, bimbang masalah kerja berlanjutan ke bilik tidur.
“Bagi saya jika begitu, lebih baik tak payah berkahwin. Persefahaman penting dan mungkin sebab itu jugalah kami selesa bekerja bersama,” tambahnya lagi.
Ads
Setuju dengan pendapat si suami, jelas Emylia mereka sering bersama dalam apa jua perkara yang dilakukan.
“Kami sering berbincang dan buat sesuatu bersama. Lagipun saya yang uruskan kerjaya suami,” katanya ringkas.
Menyorot kisah duka dunia hiburan yang kerap dipaparkan mengenai perceraian artis kebelakangan ini, pengacara senior itu turut membayangkan, setengah selebriti muda terlalu obses dengan media sosial.
Ads
“Apa yang dapat saya simpulkan, ada artis muda terlalu obses dengan media sosial sehingga memberi ruang untuk orang luar masuk campur dalam masalah mereka.
Bagi saya tidak perlu kongsi segala-galanya di media sosial. Malah, rasanya pasangan yang berpisah bukan kerana tiada persefahaman tetapi banyak berselindung,” tegasnya.
Terdahulu, pasangan selebriti ini diijabkabul pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.
Datuk AC dan isteri ditemui pada majlis Taklimat Media Pop Yeah Yeah di Public Space, Balai Berita NSTP petang tadi.
Pop Yeah Yeah merupakan sitcom dunia hiburan 60-an yang turut menampilkan pelakon lain seperti Emelda Rosemila, Shuk Sahar, Izzue Islam dan Oktovia Manrose.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemilik nama penuh Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al Yahya merupakan juara Dewi Remaja 2005/06 yang telah menewaskan Ivy Lee (naib juara) dan Izreen Azminda (tempat ketiga).
Telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, pengacara dan model Awal Ashaari pada Mei 2012, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia lima tahun.
Memiliki 4.9 juta pengikut di Instagram, Scha antara Dewi yang berjaya mengangkat namanya ke persada dunia dengan mengeluarkan produknya sendiri.
Sebut sahaja nama Anzalna, pasti terlintas akan figura berambut ikal mayang ini.
Berusia 31 tahun, Anzalna merupakan finalis Dewi Remaja 2009/10.
Anzalna selamat melahirkan anak sulung, Mohamad Eidrees pada 31 Mei lalu setelah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada Februari 2016.
Berusia 29 tahun, Ramona Zam Zam merupakan finalis Dewi Remaja 2009/10.
Memilih jejaka warga Palestin, Rami Alashkar sebagai pasangan hidup, mereka dikurniakan cahaya mata, Ivanna Alashkar yang kini berusia setahun.
Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam ini juga memiliki raut wajah bujur sirih.
5. Izreen Azminda
Siapa yang tidak kenal dengan telatah Izreen dengan loghat utaranya, anak kelahiran Perlis ini merupakan tempat ketiga Dewi Remaja 2005/06.
Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Pada Ogos 2018 pula, Izreen memilih pemuzik bebas, Ude Wahid sebagai pasangan hidupnya dan mereka dikurniakan anak lelaki, Aaron Ibrahim.
Kini sudah mencecah usia 43 tahun, namun Rita Rudaini masih kelihatan cantik dan muda.
Rita merupakan finalis Dewi Remaja 1997/98.
Namanya mula dikenali menerusi filem seram, Mistik arahan Prof Abdul Razak Mohaideen, Rita dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Qaqa Arjuna dan Airit Rayyan Rizqin.
Rita pernah berkahwin dengan Akbar Shaari pada tahun 1999 dan bercerai pada 2001.
Kemudian, Rita berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan,Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan mereka bercerai pada 2013.
Siapa yang tidak kenal dengan figura tinggi lampai, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta ini.
Tidak pernah gagal dalam berfesyen, Che Ta merupakan finalis Dewi Remaja 1994/1995.
Pada tahun 2013, Che Ta dijodohkan dengan suami yang 11 tahun lebih muda darinya,iaitu Zain Saidin, mereka dikurniakan nak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta sebelum itu pernah berkahwin pada 1995 dan bercerai pada 2003.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Kepada gadis diluar sana yang mahu menghadiri ujibakat Dewi Remaja,berikut adalah butirannya.
UJIBAKAT DEWI REMAJA 2019
• Tarikh: 07, 08, 14 & 15 September
• Lokasi : Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam
• Masa : 9am – 4pm (kaunter ditutup) .
Syarat Penyertaan :
• Perempuan & bujang
• 18 – 24 tahun
• Warganegara Malaysia.
• Personaliti menarik.
• Wajib 1 naskah majalah REMAJA edisi Julai-September 2019.
(Naskah juga boleh didapati daripada kaunter pendaftaran pada tarikh ujibakat)
• Wajib 1 keping gambar berukuran 4R & 1 keping salinan kad pengenalan.
Selepas lebih dua tahun tidak muncul menerusi mana-mana naskhah filem, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin optimis mengharapkan filem terbaru lakonannya, Dendam Pontianak mendapat reaksi positif penonton apabila ditayangkan kelak.
Bakal ditayangkan 12 September depan, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu membawa watak sebagai puntianak bernama Mina.
Bintang yang juga permaisuri hati kepada pelakon Fattah Amin ini menjelaskan kepada MH, watak puntianak dijayakan bukanlah tipikal sebagaimana ‘entiti’ puntianak yang sering dipertontonkan sebelum ini.
Sebaliknya, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu adalah sesuatu yang lebih segar.
“Saya tertarik dengan jalan ceritanya kerana secara tidak langsung ia menampilkan watak seorang wanita yang kuat.
“Malah ketika Glen sendiri menawarkan watak yang manakah saya mahu ambil, sama ada isteri kepada Remy Ishak atau puntianak, saya pilih puntianak kerana saya mahu tahu apa yang dia rasa dan lalui sebelum dan selepasnya,” katanya jujur.
Kongsinya lagi, elemen seorang wanita yang kuat itu sendiri mendorongnya untuk membawa watak Mina sebaiknya.
“Tidak sukar membawakan watak ini kerana filem lakonan saya sebelum ini juga lebih terarah kepada peranan wanita yang kuat.
“Tidak banyak filem yang mengetengahkan kisah wanita kuat seperti ini. Mina bukan hanya puntianak tetapi dia seorang wanita kuat dan berusaha mendapatkan semula haknya apabila janji tidak ditepati,” kata Fazura lagi.
Bahkan, jelas Fazura, dunia semasa sudah berubah dan jangan takut untuk ketengahkan wanita sebagai hero.
“Tidak salah untuk angkat golongan ini sebagai hero dan seperti filem Dendam Pontianak juga adalah kisah wanita bernama Mina dan dia adalah penggerak cerita ini dan Remy sudah tentunya hero,” maklum Fazura.
Sementara itu Fazura turut memberi reaksi selepas ditanya media jika ada yang membandingkan antara watak Mina yang dibawanya dengan watak Puntianak bernama Meriam yang dijayakan Maya Karin menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.
“Saya rasa watak Puntianak yang dilakonkan Maya Karin ada kelebihannya yang tersendiri. Malah saya sendiri merupakan peminat kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Saya tontonnya bersama rakan-rakan, masih ingat lagi.
“Jadi saya rasa filem tersebut ada kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan menerusi Puntianak dalam versi Mina ini, seperti yang saya beritahu tadi, ia bukan sebagaimana tipikal Puntianak yang pernah dilihat sebelum ini.
“Ia berbeza dan penonton akan dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita itu dalam menuntut keadilan apa yang sepatutnya menjadi miliknya,” simpul Fazura yang turut kagumi pelakon Munafik 2 itu.
Selain Fazura dan Remy Ishak, Dendam Pontianak turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nadia Aqilah, Namron, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din. Tidak hanya di Malaysia, filem ini bakal ditayangkan terlebih dulu di Singapura bermula 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Fazura, Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Primadona, Erra Fazira baru sahaja pulang ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menyempurnakan fardhu haji.
Penyanyi lagu Pasrah itu berangkat ke tanah suci awal Ogos lalu.
Kepulangan Erra turut disambut rakan baik, sebagaimana yang dikongsikan juru solek terkenal, Othong Danish menerusi video pendek yang dikongsi menerusi Instagram, awal hari ini.
A post shared by OthongDanish (@iamothongdanish18) on
“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rara, Hajah Erra Fazira selamat sampai,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen yang turut merakam kelibat anak tunggal Erra, Engku Aleesya serta penulis lirik, Habsah Hassan yang turut menyambut kepulangannya.
Terdahulu, Erra menerusi laporan media menjelaskan, pemergiannya ke sana adalah secara sendirian tanpa mahram dan niat untuk mengerjakan haji sudah pun tersemat dalam diri lebih lima tahun lalu.
Foto: Instagram Othong Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya