Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak menafikan, majlis persandingan semula bersama isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz adalah sebagai menunaikan hasrat Allahyarham bapa, Datuk Yaakob Mohammad.
Malah, majlis yang diadakan awal malam tadi juga merupakan simbolik kepada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13, memetik mStar Online.
Tambah Fazley, arwah bapanya pernah berpesan meminta mereka untuk bersanding semula dan amanat tersebut sekali lagi disampaikan seminggu sebelum kematian Allahyarham pada 8 Februari 2016.
Terdahulu, kira-kira 350 tetamu terdiri daripada keluarga, kenalan dan rakan media hadir meraikan sesi resepsi yang bertemakan tradisional moden itu.
Pelbagai pengisian menarik sepanjang majlis, termasuk memori rakaman ucapan istimewa ucapan arwah bapa Fazley pada majlis persandingannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 13 tahun yang mengundang rasa sebak di hati para tetamu.
Dilangsungkan di Laman Lanai Neo Damansara, pasangan ini bernikah pada 7 November 2005.
Sama cantik sama padan, berikut merupakan foto-foto istimewa sepanjng majlis berlangsung.
Pelakon yang juga isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana ada mendedahkan, keadaannya yang berbadan dua menyebabkan dia diberikan peringatan kepada doktor supaya lebih berhati-hati, lebih-lebih bagi apabila melibatkan aktiviti dan perjalanan jauh.
Malah, situasi tersebut turut didedahkan Puteri Sarah menerusi Instagram. Puteri Sarah dan keluarganya ketika ini berada di tanah suci bagi menunaikan umrah.
“It ain’t easy and extremely tired when u’re 23 weeks pregnant and ur baby is very, very, very clingy Nak2 time solat pun nak berdukung.
“Tapi alhamdulillah suami banyak dukung especially time tawaf, family members yang lain pun tolong jaga syaikhul. Allah permudahkan semua kerana niat nak beribadah.
“Doctor banyak kali pesan JANGAN PERGI tapi nak jugak sebab taknak ketinggalan nak ikut family beribadat sama2. Segala cucuk vaccines ambil sebab timelah ni kita paling fragile (pls take note preggy mums. Persiapkan diri anda ask ur gynae apa vaccines BOLEH & KENA AMBIL. U don’t wanna take the risk pergi empty handed je),” tulisnya.
Puteri Sarah bagaimanapun mengakui dia rasa puas kerana dapat beribadah.
“Penat memang penat, after habis tawaf mesti bagitau suami perut rasa ketat sangat, kaki badan semua sakit and sometimes syaikhul taknak dekat orang lain nak mama dia jugak.
“Adik syaikhul pun boleh tahan. Kicking everytime. Tapi hati puas , happy Allah sahaja yang tau,” tulisnya lagi.
Pelakon Ezaidi Aziz menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan usahanya untuk kembali membina badan dengan tujuan untuk mencari sumber pendapatan haram.
Ezaidi atau nama sebenarnya...