Meskipun sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab sebagai ibu tunggal, pelakon dan usahawan Nur Fazura tetap berusaha meluangkan masa berkualiti bersama anaknya, Nur Fatima Aisya.
Baginya, setiap detik yang dilalui bersama Fatima adalah kenangan berharga yang ingin disimpan selamanya.
“Sepanjang bulan Ramadan ini, saya agak sibuk. Beginilah kehidupan saya, ke mana-mana sahaja Fatima akan ikut.
“Walau saya ada sesi live pada lewat malam, terhuyung-hayang dia tahan mengantuk. Itu adalah kenangan yang sangat berharga dan tidak akan saya lupakan sebagai ibu tunggal.
“Nanti bila Fatima sudah besar, saya harap dia juga akan ingat momen-momen di mana ibunya bekerja sampai lewat malam untuk mencari rezeki. Dia pun kena belajar kerja kuat,” katanya kepada MH.
Fatima Sumber Kekuatan
Selain sebagai sumber kebahagiaan, Fazura juga menyifatkan anak perempuannya itu sebagai pendorong utama untuknya terus berusaha demi masa depan yang lebih baik.
“Fatima adalah sumber kekuatan saya. Sejak dulu, saya memang suka bekerja. Keutamaan saya adalah masa hadapan Fatima, terutamanya dari segi pendidikan.
Ads
“Di zaman ini, perbelanjaan anak-anak bukan murah. Selain itu, saya juga mempunyai keluarga dan kakitangan pekerja. Tanggungjawab saya banyak.
“Alhamdulillah, saya sentiasa berdoa agar Allah berikan saya kesihatan untuk mampu bekerja dan beribadah,” ujarnya.
Walau jadual padat, Fazura tetap cuba mencari masa untuk dirinya sendiri. Namun, sejak bergelar ibu, fokus utamanya kini lebih tertumpu kepada anak kesayangannya itu.
“Kadang-kadang, ada juga masa untuk me time. Kalau dulu, mungkin boleh kerap keluar bersama kawan-kawan.
Ads
“Sekarang agak susah. Saya ada curfew. Pukul 8 malam saya kena pulang kerana esok Fatima sekolah.
“Nak pergi bercuti pun agak mustahil, tapi saya sangat bersyukur dan tidak akan merungut. Ini waktu-waktu yang saya akan ingat selamanya,” katanya lagi.
Ads
Titip Pesan But Ibu Tunggal
Sebagai seorang ibu tunggal, Fazura turut menyeru wanita lain senasib dengannya untuk terus cekal dalam membesarkan anak-anak.
“Saya sangat menghormati ibu-ibu tunggal di luar sana. Lagipun, saya baru ada seorang anak. Ada ibu lain yang punyai empat hingga lima anak. Ada di antara mereka yang bekerja dan tidak bekerja.
“Semoga mereka terus kuat. Memang tidak mudah. Seorang anak pun agak mencabar, apatah lagi yang ramai.
“Terus bersemangat dan jangan bersedih. Saya terima banyak DM yang kata mereka nak give up.
“Kita kena letak sepenuh kebergantungan kepada Allah SWT. Tiada orang lain yang kita boleh harapkan, akhirnya,” pesannya jujur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak baik, mengapa mesti nak melontarkan kata-kata negatif kepada orang lain? Sebelum kita nak kata orang ‘bisa’, muka kita pun ‘bisa’.”
Demikian kata selebriti versatil, Elly Mazlein apabila ada di antara warganet yang memberi komen sedemikian rupa kepada peserta Big Stage Alpha yang bakal memulakan saingan bermula 27 April depan.
Menurut Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina, dia mengharapkan agar semua memberikan sokongan dan semangat kepada semua peserta program realiti berkenaan.
“Yang masuk bertanding ini pun seorang manusia dan mempunyai impian. Tinggal lagi mereka mungkin bernasib baik untuk tonjolkan bakat kerana bakal bertanding di pentas yang besar.
“Jadi kepada peminat, kita kekal positif. Mereka pun bakal bertanding, risau kalau terbaca komen-komen yang sedemikian.
“Mungkin ada di antara netizen yang nak bergurau, tapi macam salah tempa dik. Tak okay dan tak ‘cool’. Kita ni sudah berada di tahun 2025,” katanya lagi.
Elly pada masa sama juga tidak sabar mahu menghiburkan penonton bersama rakan hos, Rina Nose di setiap hujung minggu.
Seramai 18 peserta di Big Stage Alpha bakal merebut tempat untuk menjadi ‘boy band’ pertama naungan Astro.
Big Stage Alpha disertai oleh Syafeeq Ikhwan, Afiq Sky, Alif Azri, Allan Andersn, Ariel Fesol, Ashmirul dan Araff.
Turut bertanding Que, Qarl G, Daniel Sher, Ray-D, Apich Lo, Ridhwan Azman, Awienit, Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Izat Ibrahim, Rizal Rasid dan Shaqeen.
Berlangsung selama lapan minggu, Big Stage Alpha akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, setiap Ahad jam 9 malam.
Ikuti temu bual penuh bersamanya;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui sambutan Aidilfitri kali ini begitu suram susulan pemergian bapanya, Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad, yang meninggal dunia pada November tahun lalu.
Menurut Sharnaaz, dia tidak berasa bersemangat langsung untuk menyambut lebaran seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Saya memang tidak beraya pada tahun ini. Tak terfikir pun. Bulan Ramadan pun saya lalui sahaja seperti ‘auto-pilot’.
“Tiada rasa langsung nak beraya. Rasa seperti momen paling tawar dalam hidup.
“Saya bangun pagi dalam keadaan yang ‘blur’, pergi solat raya, makan dan minum. Saya nak habiskan raya itu secepat yang mungkin tapi masa pada hari tersebut sangat lambat berlalu.
“Selepas raya pertama, barulah saya rasa lega. Maklumlah, ini merupakan raya pertama tanpa arwah,” katanya kepada MH.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana Blood Brothers: Bara Naga, pada Isnin.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut berkongsi perasaannya saat mendengar alunan takbir raya yang seringkali mengundang sebak dalam kalangan umat Islam.
Namun, pelakon itu mengakui dia masih mampu mengawal emosinya walaupun hatinya kosong.
“Hati saya seakan beku dan saya langsung tidak menitiskan air mata. Kali terakhir saya sebak kerana teringat pada arwah adalah ketika hari ke-40 dia meninggal dunia.
“Pada hari tersebut, saya ‘hilang’ terus dan tak boleh nak kawal diri. Ia seakan ada ‘suis’ yang terus buat kita sedih. Padahal kita tak nak fikir pun. Satu badan jadi sejuk,” jelasnya jujur.
Bersempena tayangan perdana filem lakonannya, Sharnaaz turut berkongsi detik istimewa apabila buat pertama kalinya dia memakai jam tangan milik arwah bapanya.
“Malam ini pun saya pakai jam arwah bapa saya. Ini pertama kali saya buka jam arwah daripada bungkusan tisu yang diberikan oleh pihak hospital.
“Bila saya pakai, saya rasa arwah ada bersama saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Allahyarham Bazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada 27 November lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Lia Natalia meluahkan rasa rindu dan sebak terhadap pemergian bapanya menerusi sebuah video pendek yang dimuat naik di Insta Stories miliknya pada Isnin.
Menerusi perkongsian tersebut, Lia dirakam duduk di sebelah pusara arwah bapa dalam suasana penuh hiba dan tenang, sambil berkongsi perasaan setelah melalui tempoh menjaga Allahyarham selama lebih dua bulan.
“Selepas dua bulan lebih jaga bapa dan sekarang bapa dah tak sakit dan bahagia sudah di sana,” kongsinya.
Meski perlu kembali ke Kuala Lumpur demi komitmen kerjaya, namun Lia tetap menzahirkan hasratnya untuk pulang ke Tawau bagi menghadiri tahlil arwah yang ke-40 hari serta menziarahi pusara.
“Aku balik KL dulu shooting. Nanti tahlil 40 hari bapa aku balik Tawau lagi dan ziarah bapa ya. I’m gonna miss you pak,” tulisnya lagi.
Terdahulu pada 21 Mac lalu, pelakon filem Syif Malam Raya itu berkongsi berita sedih mengenai pemergian bapanya, Abden Aben yang menghembuskan nafas terakhirnya, jam 9.50 pagi di Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE2) di Kota Kinabalu, Sabah.
Allahyarham Abden, 69, meninggal dunia akibat sakit jantung di sisi anak-anak dan ahli keluarga terdekat.
Lia atau nama sebenarnya, Alia Afiqah Abden memaklumkan, arwah bapanya menderita penyakit jantung sejak November tahun lalu dan berulang alik ke hospital di Tawau untuk menerima rawatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...