Penyanyi dan pelakon, Alif Satar memberi peringatan tegas kepada para pelajar sekolah yang masih terbabit dengan gejala buli.
Menerusi perkongsian video di Instagram, Alif menceritakan pengalaman menyaksikan sendiri kehidupan sukar banduan yang dipenjarakan akibat membuli hingga menyebabkan kematian.
“Kepada adik-adik yang rasa diri tu gangster sangat sampai nak membuli orang lain, saya pernah duduk bersama orang yang membuli sehingga menyebabkan kematian di dalam penjara.
“Saya sempat melihat keadaan ketika mereka nak berbuka puasa. Saya ada nampak satu tong dan bertanya kepada pegawai yang bertugas.
“‘Lepas makan, mereka akan buang dalam tong ni ke?’. Pegawai itu jawab ‘Tak. Itulah makanan mereka.’ Dalam penjara ni, mereka tiada kipas, tingkap dan tilam.
“Nak tidur pun di situ dan buang air pun di situ juga. Bukan mereka seorang sahaja tapi ratusan orang lain juga di dalam sel itu,” katanya.
Ads
Membuli Bukan Tanda Kekuatan
Alif menambah, budaya buli sering disalah anggap sebagai simbol kekuatan atau pengaruh, sedangkan hakikatnya ia adalah perbuatan keji dan menunjukkan kelemahan akhlak.
“Kepada adik-adik yang nak tunjuk power di sekolah, ni saya nak bagitahu, tak power pun. Tiada orang yang punyai pemikiran yang betul rasa membuli dan pukul itu ‘cool’.
“Tahu tak apa yang cool? Kau cool bila ikut apa yang Nabi Muhammad perintahkan. Contohnya jaga mak ayah, bersungguh kejar ilmu dan tolong komuniti.
Ads
“Hisap rokok pun tak cool. Orang bodoh je rasa kau cool bila buli orang. Kalaulah jadi kematian ketika membuli tu, bukan kau sahaja rasa.
“Mak ayah kau dan mangsa serta orang sekeliling turut terima kesan,” tegasnya.
Jadi Muslim Kelas Pertama
Alif turut menyeru orang ramai, khususnya remaja, agar menjauhi perkara sia-sia dan berusaha menjadi Muslim kelas pertama dengan menjaga akhlak serta perbuatan.
Ads
“Bila masuk ‘dalam’, kehidupan kau akan jadi lain. Allah suruh pergi solat lima waktu di masjid. Itu baru cool.
“Di media sosial pula, nak mengata dan bercakap buruk fasal orang lain. Apa ni?
“Ini ke mentaliti yang nak lawan Zionist? Fikirkanlah balik. Kita jaga diri sendiri, orang kita dan komuniti. Kita tidak menyakiti orang lain.
“Ada hadis yang mengatakan ‘kita tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.’ Itu dia sifat orang Islam kelas pertama,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain melakonkan watak komedi, pelakon Remy Ishak turut menyahut cabaran untuk menjayakan babak menari Tango bersama aktres, Maya Karin di dalam filem terbaharu, The Expert.
Menurut Remy, dia dan Maya mengambil masa selama enam minggu untuk mempelajari tarian tersebut sebelum memulakan penggambaran.
“Antara cabaran melakonkan filem ini adalah untuk membawakan watak komedi. Saya tak pernah bawakan watak komedi sebelum ini.
“Setiap babak itu saya kena pastikan ia nampak okay ketika ditonton. Namun, yang paling mencabar, sudah tentulah ketika babak menari tango.
“Saya dah Maya berlatih selama enam minggu. Dalam minggu ketiga pergerakkan sudah semakin lancar. Kemudian kita kemaskan untuk penggambaran.
“Maya memang sudah biasa dengan bidang tarian ini dan dia banyak bantu saya,” katanya kepada MH.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem The Expert baru-baru ini.
Dalam pada itu, Remy turut mendedahkan fokusnya juga tidak pernah tengganggu meskipun mengalami kecederaan ketika berlatih.
“Salah pergerakkan dan terpijak kaki itu memang perkara yang biasa berlaku. Saya pun ada mengalami kecederaan terkehel, sakit pinggang, tergeliat dan sakit lutut.
“Nak melembutkan badan pun bukan satu hal yang mudah. Semoga penonton suka dengan usaha saya ini,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai respon isterinya, Ezza Yusof saat menonton babak tersebut, Remy memaklumkan isterinya memberikan reaksi positif.
“Saya rasa dia suka. Semasa dia menonton babak tersebut, dia ada juga tepuk-tepuk peha saya. Saya harap dia okay.
“Dia pun sangat menyokong kerjaya saya selama ini,” akhirinya.
Terdahulu, filem arahan Andre Chew dan Nazim Shah ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 Mei ini.
Selain Remy, filem ini turut dibintangi barisan pelakon-pelakon popular seperti Aaron Azizi, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray Dap Dap.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan pada lewat petang Isnin lalu.
Sehubungan dengan pelaksanaan tersebut, ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Bagaimanapun, Syawal tetap disambut meriah dengan cara tersendiri, termasuk selebriti yang baru sahaja berkahwin atau yang berkeluarga berkongsi foto bersama yang tersayang dengan pakaian sedondon di kediaman masing-masing.
Diambil menerusi akaun Instagram, kami kongsikan foto-foto ceria 15 artis kita di hari raya!
Neelofa & Haris Ismail
Elly Mazlein & Mohd Azlan Che Moh
Farid Kamil & Diana Danierle sekeluarga
Feeya Iskandar & Nurashid Abd Wahab
Shuib & Siti Sarah sekeluarga
Ayu Raudhah & Zaquan Adha sekeluarga
Amar Baharin & Amyra Rosli sekeluarga
Ben Ali & Nadiyah Shahab
Saharul Ridzwan & Deena Emir
Fatin Afeefa & Anak
Tasha Shilla & Muhammd Atiq Idris sekeluarga
Fattah Amin & Fazura sekeluarga
Awal Ashaari & Scha Alyahya sekeluarga
Datin Seri Maria Farida & Datuk Seri Abdul Rahman Shakur sekeluarga
Nabil Mahir & Ayda Jebat
Foto: Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fauziah Ahmad Daud berkongsi satu coretan khas buat netizen di laman Instagramnya semalam.
Kisahnya, dia yang turut mesra dipanggil Kak Ogy itu mengajak netizen agak tidak terlalu emosi dalam kes melibatkan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia semalam.
“Kalau bukan insiden itu pun da memang janji almarhum yang dia akan pulang pada ALLAH tanggal 17 Disember 2018, j9.41 malam kan?
“Kita orang Islam da dididik mengenai ini kan? Jadi perlu ke kita nak membalas dendam? Atau mendoakan perkara yang tidak elok pada Bangsa yang menganut agama lain? Biarlah ALLAH uruskan mereka.
“Ingat lagi kisah seorang wanita Quraisy yg digelar ‘Akilatul Kibdah’ atau pemakan hati. Beliau adalah Hindun Bt Uthbah. Pada saat perang uhud berkecamuk dia sempat meperlakukan jenazah Hamzah di luar batas kemanusiaan.
“Namun dia tebus kesalahan dia di zaman jahiliyah dgn menjadi muslimah teladan dan pembela agama ALLAH SWT. Moral posting saya ni kalian sendiri faham apa yg saya nak sampaikan.
Di ruangan komen, kelihatan ada netizen yang bersetuju dengan coretan Ogy namun ada juga yang tidak malah meminta agar pelakon filem Ali Setan itu meletakkan diri di tempat keluarga Allahyarham sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.
Sebelum ini, #Justice4Adib mula tular di laman media sosial sejak netizen dikhabarkan berita kematiannya, malam Isnin lalu. Sejak itu, orang ramai mengharapkan agar kematian Adib dapat dibela memandangkan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.
Foto/Instagram: Fauziah Ahmad Daud
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Najwa Latif selamat menimang cahaya mata pertama pada 11 November 2025, bertepatan dengan ulang tahun ketiga perkahwinannya bersama Akwa Arifin. Momen istimewa ini disambut penuh syukur dan kasih.