Ads

Bila Peralihan Kerajaan Baru Ramai Artis Dicop ‘Lalang’ Oleh Netizen, Sila Hadam Apa Kata Artis Kesayangan Ramai, Tok Ti!

Semenjak peralihan kerajaan baru yang berlaku pada Rabu lalu, netizen tidak putus-putus melabelkan sebilangan artis sebagai ‘lalang’ kerana fahaman politik mereka yang dikatakan berbeza sebelum pilihan raya umum lalu.

Ada yang tidak puas hati kerana ada di antara penggiat seni yang secara terang-terangan ‘berubah selera’ dengan menyokong kerajaan baru.

Bila Peralihan Kerajaan Baru Ramai Artis Dicop ‘Lalang’ Oleh Netizen, Sila Hadam Apa Kata Artis Kesayangan Ramai, Tok Ti!

Ads

Mengulas mengenai isu tersebut, penyanyi yang diberi jolokan sebagai Penyanyi Nombor Satu Negara, Datuk Seri Nurhaliza tidak melihatnya sebagai suatu masalah besar kerana baginya, seni adalah sesuatu yang bersifat universal dan boleh menghiburkan sesiapa sahaja tanpa perlu melihat fahaman politik masing-masing.

“Situasi artis ni memanglah selalu diberi perhatian dan diikuti ramai orang. Sebab itulah tidak boleh campur adukkan seni dengan politik. Bila seni mahu dipolitikkan seni, itulah yang terjadi. Nak bercakap tak boleh, nak posting gambar pun tidak boleh. Sebaiknya, seni itu untuk semua.

 

“Saya selalu ingat kata arwah bapa saya, dia lebih suka kalau saya ,enyanyi untuk semua orang, untuk rakyat. Saya boleh hiburkan sesiapa sahaja. Itulah yang saya pegang. Kalau boleh, saya mahu seni itu untuk semua,” katanya tegas. 

Bila Peralihan Kerajaan Baru Ramai Artis Dicop ‘Lalang’ Oleh Netizen, Sila Hadam Apa Kata Artis Kesayangan Ramai, Tok Ti!

Ads

Pada masa sama, penyanyi Purnama Merindu ini juga memberitahu, keputusan kerajaan baru manghapuskan GST memudahkan lagi proses urus niaga dan mengharapkan rakyat negara ini gembira dengan keputusan berkenaan.

Ads

Malah katanya, dia turut menyuarakan pandangan sebelum ini kerana mengenangkan dia juga adalah warganegara yang turut mempunyai hak untuk bersuara. Apa pun, lets dengar vokal Siti yang kekal vazz, biar baru lepas habis pantang!

Dah habis pantang, tapi suara Siti tetap vazz!!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 13 May 2018

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.