Aktor, Zul Ariffin mengakui isu ‘dijodohkan’ bersama rakan pelakon wanita oleh peminat menerusi sesebuah drama yang dilakonkan bukanlah suatu perkara baru. Malah, pelakon tersebut turut memberitahu, ia bukanlah kali pertama dan dia sudah biasa melaluinya.

Kata Zul kepada MH, fenomena yang berlaku dia antara dia dan rakan pelakon, Neelofa yang digandingkan sebagai hero dan heroin untuk sebuah drama rantaian, Ti Amo Sweetheart 100 Hari sehingga membawa kepada wujudnya hashtag #ZuLofa pernah terjadi ketika berlakon dengan Ayda Jebat dan Farah Nabila menerusi drama Titian Cinta.

Bila Peminat Dah Mula Cipta #ZuLofa, Ini Jawapan Profesional Zul Ariffin…

IKLAN

“Sejak awal penggambaran lagi, sudah ada yang mula cipta hashtag #Zulofa dan saya tidak terkejut pun. Ini bukan kali pertama berlaku pada saya dan rakan pelakon lain.

“Saya tiada kuasa untuk halang, cuma apa yang boleh saya cakap, bukan saya yang mengawal peminat untuk wujudkan hastag dan sebagainya kerana tugas saya hanyalah berlakon cuba jalankan tanggungjawab tersebut sebaik mungkin,” Jelasnya. 

Sementara itu, Zul turut memberitahu, tiada apa yang berlaku antara dia dan pasangan gandingan menerusi sesebuah drama kerana selesai sahaja penggambaran, dia lebih selesa untuk buat hal sendiri, fokus pada kerja.

IKLAN

Bila Peminat Dah Mula Cipta #ZuLofa, Ini Jawapan Profesional Zul Ariffin…

IKLAN

“Selesai penggambaran, masing-masing akan buat hal sendiri dan bila drama tersebut bakal ditayangkan kelak, barulah saya akan kembali untuk menjalankan tugas melibatkan promosi.

 

“Itu sajalah skop kerja. Tak lebih daripada itu,” akui Zul yang 7tercalon di dalam tiga kategori di Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) iaitu Bintang Filem MeleTOP (J Revolusi & Tombiruo), Pelakon TV MeleTOP dan Drama MeleTOP.

Selain Zul dan Neelofa, barisan pelakon lain yang turut beraksi di dalam drama adaptasi novel itu ialah Scha Alyahya, Elvina Mohamad, Fahad Iman, Sharifah Shahora, Raja Afiq, Ada Shadan dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI