Ads

“Sejak Bertudung, Ramai Yang Lagi Hormatkan Kita Sebenarnya…” – Kata Jujur Mya Matahari

Penyanyi yang kini baru sahaja hadir dengan single terbaru berjudul Perlu Ada Setia ini mengakui dia kini kian selesa dengan mengenakan tudung.

Tidak pernah menjadikan perubahan imej menghalangnya daripada terus berkarya dalam seni, Mya memberitahu menerusi penampilan terbarunya ini, dia merasakan dirinya lebih yakin dan dihargai.

“Saya akui sejak bertudung, ramai yang lagi hormatkan kita sebenarnya. Saya selesa dan doakan saya kekal sebegini, insyAllah,” katanya kepada MH.

Menjelaskan keputusannya yang diambil untuk mengenakan tudung secara kekal tidak mengambil masa lama, bintang yang cukup sinonim menerusi lagu Matahari dan Diari Biru ini bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.

Ads

“Jujurnya pada bulan puasa lalu, saya hanya suka-suka kenakan tudung, tetapi sudah terdetik mahu pakai sebab nak hormati bulan Ramadan. Jadi setiap kali keluar rumah, saya praktiskan diri untuk kenakannya. 

 

“Malah bila nak ke kedai, walau dekat tetap rasa nak tarik shawl tutup kepala. Lama kelamaan, ia sudah jadi kebiasaan dan alhamdulillah, dipermudahkan,” terangnya lagi.

Ditanya mengenai apakah reaksi rakan sekeliling, Mya sempat menyampaikan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan.

“Alhamdulillah, apa yang baik rakan-rakan berikan sokongan. Bahkan ada juga pengikut di media sosial turut memberikan semangat dan berdoa yang baik-baik supaya kita semua terus istiqomah,” akhiri Mya.

 

Ads

 

Ads

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.