Pelakon Mawar Rashid mengakui kehidupanya kini tidak banyak berubah, meski sudah mendirikan rumah tangga bersama usahawan dan pelakon, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih sinonim dengan panggilan Raf Yaakob lebih tujuh bulan lalu.

Menurut Mawar, meski ada ketikanya dia terdedah dengan dunia karporat bersama suami, namun situasi berkenaan nyata tidak membezakan dirinya dahulu dan sekarang.

IKLAN

“Kalau nak berkongsi mengenai perubahan hidup, dulu saya memanglah seorang yang happy go lucky. Semua orang tahu dan itulah personaliti saya sejak sekian lama. Cumanya, apabila sudah meningkat dewasa, semua orang akan matang.

 

“Malah sejak mendirikan rumah tangga, sudah ada perasaan malu kerana saya percaya apabila kita sudah berkahwin secara tidak langsung kena jaga nama baik suami. Kena faham status dan personalitinya juga. Itu yang terbaik,” katanya kepada MH.

Tidak menafikan suaminya ada menegur jika ada sikapnya yang dianggap ‘tidak ngam’ dengan situasi, Mawar pada masa sama memberitahu, dalam mana-mana situasi dia perlu bersikap profesional dan pandai bawa diri.

IKLAN
IKLAN

“Saya ni sejenis yang kalau ‘dicampakkan’ ke situ, saya akan jadi macam tu. Bahkan Raf pun ada tegur jika ada yang macam tak kena. Dia pun berikan sokongan dan contoh yang baik,” kongsi Mawar yang tidak mamu menyembunyikan rasa gembira dengan kehidupan sekarang.

 

“InsyaAllah, saya juga mahu jadi contoh yang baik terhadap keluarga dan alhamdulillah, kehidupan kini lebih bermakna. Saya sudah temui jodoh bersama Raf dan harapnya kegembiraan ini akan berkekalan,”akhiri Mawar.

Terdahulu, Mawar dan Raf telah pun diijabkabulkan pada 9 November 2017 lalu di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI