Sewaktu mula-mula menceburkan diri di dalam industri radio tanah air, pengacara dan penyampai, Anas Tahir memberitahu dia tidak mahu dikaitkan dengan abangnya yang juga merupakan penyanyi popular, Faizal Tahir.
Namun, setelah hampir empat tahun mengemudi segmen pagi di stesen radio Zayyan FM, Anas memaklumkan dia sebenarnya tidak boleh menolak hakikat yang nama mereka akan sering kali dikaitkan dalam apa jua hal sekali pun.
“Sebenarnya kalau ada orang tegur, saya mengaku je. Kalau takda orang bertanya takkanlah saya tiba-tiba nak bagi tahu saya ni adik Faizal.
“Benih dah sama. Orang tengok rupa pun walau saya rasa tak sama tetapi mereka sendiri yang melihat. Dah nama pun satu acuan. Jadi, saya tak kisah pun sebenarnya. Okay sahaja,” katanya kepada MH.
Ads
Anas menambah, dia dengan Faizal tidak pernah mempunyai sebarang masalah dan mereka sebenarnya lebih selesa untuk menjalani kehidupan masing-masing
“Saya bukanlah tak nak dikaitkan dengan abang saya cuma bila orang ramai berjumpa saya, mereka ingatkan saya duduk satu rumah dengan Faizal. Mereka akan tanya saya macam-macam fasal dia.
“Bila saya kata tak tahu, mereka pula kata saya tak ambil kisah fasal abang saya tetapi itulah hakikatnya. Dia dengan kerja dia dan saya dengan kerja saya. Takkan setiap kali orang bertanya fasal Faizal, saya nak kena call tanya dia pula.
Ads
“Kami sebenarnya okay sahaja orang luar je yang fikir bukan-bukan. Saya cuma tidak mahu berbohong kalau orang tanya fasal Faizal.
“Nanti bila saya keluar kenyataan sendiri, abang saya pula yang marah kata saya memandai-mandai. Kami okay je tiada gaduh-gaduh pun,” jelasnya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Anas memaklumkan dia bersama rakan penyampai yang juga merupakan penyanyi, Mawi akan bergandingan untuk mengacarakan program, Salamunalaik yang akan bersiaran di Astro Oasis sepanjang bulan Syawal nanti.
Malah, Anas juga membintangi filem arahan Mawi yang berjudul Hantu Kuat Ketawa yang akan ditayangkan di Astro First tidak lama lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama bersiri terbaru,Hati Yang Dikhianati terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Station Sdn. Bhd.merupakan sebuah lagi naskhahadaptasimelayu daripada telenovela popular Venezuela, ‘My Three Sisters’ atau lebih dikenali dengan judul asal dalam Bahasa Sepanyol, ‘Mis Tres Hermanas’.
Kisah melodrama yang diterajui olehRicardo Alamo, Scarlet Ortiz dan Roberto Mollpada ketika itu pernah mencetuskan fenomena luar biasaketika siri tersebut ditayangkan di Malaysia sekitar tahun 2002.
Karya‘Mis Tres Hermanas’ versi Malaysia inidiarahkan olehRiza Baharuddinserta turut menampilkan barisan penulis skrip yang diketuai oleh Eenaz Mokhtar.
Antara barisan pelakon yang membintangi drama bersiri ini termasuklahIsyariana, Amar Baharin, Mona Allen, Zamarul Hisham, Che Puan Syamim Farid, Afifah Nasir, Arena Iman, Shah Iskandar, Mia Nasir, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam-Noorserta ramai lagi.
Tampil denganformat berbezaberbanding sebarang karya adaptasi yang pernah diterbitkan sebelum ini di platform Astro, buat julung kalinyastruktur naratif penceritaan dan pembinaan wataknaskhah ini bakal ditentukan berdasarkan konsep modelinteraktif terbuka atau ‘open-ended’yang dipengaruhi oleh maklum balasaudiensdan rekod jumlah tontonandari semasa ke semasa.
Jumlah keseluruhan episoduntuk drama adaptasi ini juga turut bergantung kepada penerimaan penonton.
DramaHati Yang Dikhianatibakal bersiaran menerusi slot Tiarasecara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 April 2021 laludi saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Menurut Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima, pihaknya kali ini memberi ruang kepada penonton untuk menentukan ‘plot tsiwt’ yang diinginkan.
“Seperti yang umum ketahui,trend pembikinan drama dan kecenderunganaudiens sering berubah mengikut peredaranmasa.Oleh itu, Astro selaku pembekal kandungan utama di Malaysiamemainkan peranan besar untuk menyumbang kepada perkembangan karya kreatif tanah air.
“Sebelum ini, kami merupakan antara perintis awal yang mengangkat format adaptasi naskhah novel populardan karya antarabangsa ke versi drama Melayu. Walaupun mengundang perdebatan yang hangat di kalangan peminat dan pembikin drama pada awal format tersebut diperkenalkan, namun ternyata keberkesanannya sudahpun terbukti menerusi puluhan drama yang telah kami terbitkan sebelum ini.
“Terbaharu, kami ingin mengorak langkahterus ke hadapan untuk melakar sejarah baharu dengan memperkenalkan format interaktif ‘open-ended’menerusi drama adaptasi ‘Hati Yang Dikhianati’.Menerusi format ini, kami memberikan kuasa kepada netizen untuk menentukan plot twist dan kesudahan yang mereka mahukan untuk drama ini.
“Sesebuah watak boleh berkembang atau dimatikan mengikut kecenderungan audiens. Begitu juga dengan jalan penceritaan secara keseluruhan,” katanya.
Sementara itu, Norzeha turut menjelaskan panel perunding khas yang berpengalaman telah dilantik untuk membuat penilaian semasa berdasarkan rekod jumlah tontonan serta maklum balas yang diterima daripada audiens.
“Kami juga tidak menetapkan sebarang episodkhusus untuk drama ini kerana ia juga turut bergantung kepada data dan maklumat yang akan diproses oleh panel perunding kelak.
“Format sebegini mungkin agak baru untuk masyarakat Malaysia. Namun, ia sebenarnya sudah popular dan sering diguna pakai oleh ramai ‘content creator’ di luar negara. Antara naskhah terkenal antarabangsa yang memberi inspirasi kepada kami untuk berkarya termasuklah‘Hollyoaks’ dan ‘Eastenders’terbitan BBC serta ‘General Hospital’terbitan ABC.
“Ketiga-tiga naskhah tersebut sudahpun mempunyai ribuan episoddan masih lagi ditayangkan sehingga kini. Mengikut rekod juga, ramai bintang-bintang telah dilahirkan menerusi penerbitan naskhah ini.
“Kemunculan media baharu telah mengubah cara audiens menikmati sesebuah kandungan pada era digital ini. Mereka juga lebih ekspresif dan mempunyai idea tersendiri yang ingin kami raikan bersama.Walaupun ini merupakan sebuah taruhan yang berani, namun kami yakin format ini akan disambut baik oleh penggemar drama Melayu yang mahukan kelainan,” katanya lagi.
Menarik, kami kongsikan juga antara trivia drama bersiri yang diharapkan mampu mengulangi fenomena sebagaimana naskhah asalnya ini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak tahu, suatu hari yang biasa saya tiba-tiba nak tahu lebih tentang agama.” Itu pengakuan pelawak dan hos, Nabil Ahmad,38, yang kebelakangan ini dilihat semakin berubah dari segi penampilannya.
Malah menerusi kebanyakan program hiburan yang dikendalikan, peminat mendakwa dia lebih relak ketika mengacara selain kerap menyelitkan kata-kata positif kepada penonton.
“Kawan-kawan saya rupa-rupanya ada yang menyertai tabligh. Mereka ada kalanya lepak dengan saya, pakai pun lebih kurang macam saya.
“Akan tetapi mereka solat tidak tinggal, tahu mengenai cerita agama dan sebagainya. Kemudian saya tanya mereka belajar agama dekat mana,” katanya.
Menurutnya lagi, apa yang dipelajarinya itu turut dikongsi bersama isteri, Zira Ayub yang kini sudah pun bertudung.
“Bukan setakat kongsi, malah saya turut mendoakan dia. Itulah, bila Allah SWT berkehendak, semua perkara akan jadi. Doakan dia juga agar terus istiqamah (bertudung). Kita ni hari-hari cuba. Cuma kena minta doa daripada semua.
“Nak istiqamah ni susah. Kena minta tolong dengan orang. Kalau sendiri kata ‘aku dah boleh ni atau dah jadi ni’, ia tak kan menjadi. Kena minta juga doa ramai barulah jadi, insya-Allah,” katanya lagi.
Ketika ditanya apa reaksi sesetengah pihak melihat penampilannya ketika ini, penerima trofi Bintang Paling Popular di ABP 2008 ini bersyukur kerana mereka boleh menerimanya dengan baik.
“Alhamdulillah… sebelum ini saya ingat bila begini, klien mungkin kata tidak boleh ada jambang apa semua. Tetapi itulah, kita ni suka sangat buruk sangka dengan Allah.
“Lalu Dia tunjukkan, semua elok je dengan saya, malah layanan mereka itu lebih baik. Saya betul-betul tak sangka sebenarnya.
“Bila begini, saya buat untuk diri saya saja, tak ambil pot kalau ada orang yang nak terima atau sebaliknya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nabil bakal muncul menerusi program kerohanian bersama selebriti popular, Neelofa berjudul NTN (Nabil To Neelofa) tidak lama lagi.
Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa berharap agar semua pihak dapat memberikannya ruang untuk menyelesai isu berbangkit berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu majlis pernikahannya serta urusan kerjanya sewaktu di Langkawi baru-baru ini.
Jelas Neelofa, dia sebolehnya mahu menyelesaikan isu ini secara profesional bersama pihak berwajib.
“Saya hormati dengan tugasan para pihak media. Saya tahu semua orang mahu tanya soalan yang sama.
“Tapi saya juga ingin meminta kepada semua pihak media yang saya pun dah kenal lama untuk memberikan saya ruang supaya saya boleh selesaikan hal ini secara professional bersama pihak berkenaan.
“Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana ia akan memudaratkan lagi keadaan dan berilah saya ruang untuk selesaikan isu ini dengan pihak terlibat,” katanya kepada MH.
Bekas pengacara Meletop ini berkata sedemikan sewaktu ditemui di majlis sidang media Memorandum Persefahaman (MOU) di antara jenama selipar popular, Fipper bersama aplikasi, The Noor yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Katanya lagi, dia enggan mengulas perkara tersebut dengan lebih lanjut kerana bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya nak selesaikan isu ini dengan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang tidak berkaitan.
“Biar saya selesaikan dengan cara saya sendiri. Saya tak perlu nak jelas secara terperinci kepada orang di luar sana. Biar saya selesaikan dengan pihak berkenaan sahaja,” katanya lagi.
Ditanya mengenai lawatan kerjanya sewaktu di Langkawi, Neelofa menjelaskan urusan tersebut sebenarnya telah pun dirancang lebih awal.
“Berkaitan dengan urusan kerja saya, saya ada perancangan yang telah pun dibuat dalam masa sebulan atau lebih.
“Bukannya saya buat semuanya on the spot,” katanya lagi.
Terdahulu menerusi laporan Mstar pada Ahad, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihak polis akan memanggil Neelofa dan suami, PU Riz berdasarkan video dan foto yang dikongsikan di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).
“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.
“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral, ” katanya.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, difahamkan terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal. Turut sama ialah suaminya, Haris Ismail, 26.
Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...