Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar

Di sebalik senyuman, keyakinan tinggi dan lompatan sempurna di atas lantai gimnastik, tersimpan kisah penuh air mata, pengorbanan serta semangat juang luar biasa!

Itulah inti drama bersiri Astro Originals, Generasi: Perfect 10 (G:P10) yang baru sahaja melabuhkan tirainya.

Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar

Memperkenalkan Gimnastik Wanita

Di dalam beberapa episod yang terawal, G:P10 dibawa cukup segar dan bertenaga dengan memperkenalkan dunia gimnastik wanita yang jarang diketengahkan di TV tempatan.

Hubungan erat antara Ezie yang dilakonkan oleh Arena Wan dan Victoria (Arabella Ellen) terasa tulus dan penuh semangat, membuat penonton cepat terikat dengan kisah dua sahabat yang berkongsi impian sama.

Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar

Namun, semakin episod berlalu, tekanan, persaingan dan rasa iri mula meretakkan persahabatan mereka. Kedua-duanya berbakat besar, namun ia diwarnai konflik dan tekanan emosi yang semakin membara.

Sebagai peneraju Home of Originals, Astro berjaya mengetengahkan kisah dunia sukan gimnastik wanita dengan mesej mendalam tentang persahabatan, disiplin dan ketabahan diri.

Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar

Bersiaran selama lapan episod, G:P10 membawa penonton menyelami realiti keras dunia sukan kompetitif, bermula dari latihan intensif hingga ke pentas pertandingan yang mendebarkan.

Lebih daripada sekadar cerita tentang menang atau kalah, naskhah ini mengajak penonton memahami erti sebenar sportsmanship dan perjuangan melawan diri sendiri.

Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar

Bila impian berubah menjadi obsesi, ada yang sanggup menggadai prinsip hanya demi gelaran juara.

Konflik Antara Dua Sahabat

Pertengahan siri pula memperlihatkan transformasi karakter yang realistik apabila Victoria makin terbuai dalam glamor dan keinginan untuk diiktiraf serta dihargai.

Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar

Sementara Ezie pula kekal berpegang pada nilai dan semangat pasukan. Konflik antara mereka disusun kemas, membuat penonton faham dilema yang dihadapi atlet muda bila cita-cita bertembung dengan integriti.

Malah, konflik di antara dua sahabat ini akhirnya memuncak di gelanggang akhir, bukan sekadar menentang pesaing lain tetapi bertarung dengan ego dan keikhlasan hati sendiri.

Situasi ini berjaya menyentuh emosi penonton apabila Ezie dan Victoria akhirnya sedar, ‘perfect 10’ bukan diukur pada markah juri, tapi pada keberanian untuk bangkit selepas jatuh dan keikhlasan untuk memaafkan.

Naskhah Yang Baik, Segar

Dari segi lakonan, barisan pelakon muda seperti Arena dan Arabella misalnya berjaya menzahirkan emosi dengan penuh jiwa.

Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar

Aktor muda, Daniel Fong sebagai Jun Hao turut menyerlah dengan watak sahabat setia yang menjadi tulang belakang kekuatan pasukan.

Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej Segar

Sinematografi yang indah dan pengarahan penuh tenaga turut menjadikan setiap gerakan gimnastik kelihatan hidup, mencipta pengalaman menonton yang mendalam dan menginspirasikan.

Secara keseluruhannya, G:P10 bukan sekadar drama tentang sukan, sebaliknya ia mengangkat kisah tentang kehidupan, iaitu bagaimana manusia belajar menjadi lebih kuat melalui kegagalan dan bagaimana persahabatan sejati mampu bertahan walau dibadai ego.

Sebuah naskhah yang segar, penuh semangat dan sarat dengan mesej bahawa kesempurnaan sebenar bukan di podium kemenangan, tetapi dalam hati yang tidak pernah berhenti berusaha.

Bila Impian Berubah Jadi Obsesi, Sempurna Tak Semestinya Menang! Generasi: Perfect 10 Bawa Mesej SegarBagi anda yang ketinggalan atau mahu kembali menonton, anda boleh strim semua episod GP:10 secara On-Demand hanya melalui Astro One atau aplikasi sooka.

Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.astro.com.my atau dengan menghantar WhatsApp “Hi” ke 03 9543 3838.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Dah Tukar Baju & OTW Nak Balik, Ernie Zakri Terimah Lebih...

Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
error: Hello. Cannot.