Bila Covid-19 Reda, Shamsul Ghau Ghau Berhajat Nak ‘Ride To Masjid’ Seluruh Malaysia – “Moga Allah Kabulkan Niat Pak Su.”

Share

Tidak dinafikan, terdapat pelbagai aktiviti yang tidak dapat dilakukan akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Pelakon senior Shamsul Ghau Ghau misalnya meluahkan ada rasa rindu untuk menunaikan tiang agama di masjid selain melakukan rutin harian seperti lazimnya.

Malah, dia turut berhajat untuk menjelajah ke masjid terpilih seluruh negara dengan menaiki motorsikal.

“Bila Tiba PKP nie mula lah rasa Rindu. Rindu Nak Ke Masjid, Rindu nak jenjalan.

“Rindu nak Balek Kampung dan tak di Lupakan Rindu nak ride!! Adesss… lama dah tak Ride Ramai Ramai.

“Lepas abis PKP nie dan lepas abis Pendemik Covid 19 nie Pak Su nak “Ride To Masjid” Ke Seluruh Malaysia.

“Pak Su nak Upload dalam YouTube Pak Su Shamsul Ghau Ghau.. Pak Su nak cari keindahan Seni Bina Masjid Masjid Lama di Seluruh Malaysia,” tulisnya.

Bekas hos Anugerah Juara Lagu ini juga turut berdoa semoga impiannya ini dimakbulkan Yang Maha Kuasa.

“Nak Shuting pakai Go Pro dan pakai Hand Phone ajer…Semoga Allah Kabulkan Niat Pak Su. Ameen…

“Ada ker Sponsor Sponsor nak Taja Program Pak Su??,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut menyambut naik niat bintang tersebut selain turut mendoakan agar fasa pandemik ini segera berakhir.

Foto: Instagram Shamsul Ghau Ghau

IKLAN