“Bila Bini Kasi Beli Baju RM200K,” – DS Aliff Syukri Minta Izin Orang Rumah, Ini Reaksi Cool DS Shahida

Share

Perbualan yang cukup menarik dipaparkan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi Instagram apabila dia cuba meminta izin daripada isteri, Datin Seri Shahida untuk membeli sehelai baju berjenama mewah berharga RM200,000.

Lebih menarik apabila mendengar reaksi bersahaja wanita ini yang mendengar jumlah besar yang harus dikeluarkan untuk sehelai baju.

Beli atau tak beli.. cuba kalau abg jadi isteri awak.. kasi tak abg beli?? ini adalah prank wife sy okeh @aliffarhan_jr nak tengok full bedio ni?? esok tau di astro ria.

“Korang jangan lupa layan Trek Selebriti terbaru lebih best bersama DS @aliffsyukriterlajaklaris dan hos @aliffarhan_jr SABTU INI| 9.30 PM | ASTRO RIA

#trekselebriti only at @chase_by_apdcrew

p/s: Lepas ditayangkan di tv, kalau nak tengok sambungannya, jangan lupa subscribe ke channel TV TERLAJAK LARIS,” tulisnya.

Lalu, netizen menyatakan kekaguman di atas reaksi dan cara penyanyi Bobo Di Mana ini melayan isteri.

Malah ada yang memuji penampilan Aliff yang disifatkan lebih muda apabila mengenakan gaya iras rapper.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri

IKLAN