Ads

“Bila Balik, Isteri Tak Masak…,” – Fazley Yaakob Mahu Jadi ‘Hero’ Buat Suami Tersakiti? Perkongsian Di Threads Bukan Kisah Peribadi!

Penyanyi dan cef selebriti, Fazley Yaakob, menafikan dakwaan perkongsian mengenai konflik rumah tangga yang dimuat naik di aplikasi Threads kebelakangan ini mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadinya.

Menurut Fazley, sepanjang bergelar anak seni, dia memang jarang sekali berkongsi hal-hal peribadi kepada umum, terutamanya di media sosial.

“Bila Balik, Isteri Tak Masak…,” – Fazley Yaakob Mahu Jadi ‘Hero’ Buat Suami Tersakiti? Perkongsian Di Threads Bukan Kisah Peribadi!

“Isu-isu yang saya ketengahkan di Threads itu bukanlah cerita palsu. Ia adalah kisah benar melibatkan seseorang atau sekumpulan manusia. Itu bukanlah kisah saya sendiri.

“Sejak berkecimpung dalam dunia seni, saya tak pernah berkongsi hal-hal peribadi kepada umum. Jadi, apa yang saya kongsikan itu, bukanlah berdasarkan pengalaman saya,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Asmara Ini itu berkata demikian ketika ditemui pada program TV3 RR:2026, Jwanjih Kenyang!, baru-baru ini.

“Bila Balik, Isteri Tak Masak…,” – Fazley Yaakob Mahu Jadi ‘Hero’ Buat Suami Tersakiti? Perkongsian Di Threads Bukan Kisah Peribadi! “Bila Balik, Isteri Tak Masak…,” – Fazley Yaakob Mahu Jadi ‘Hero’ Buat Suami Tersakiti? Perkongsian Di Threads Bukan Kisah Peribadi!

Ads

Angkat Kisah Dalam Lagu

Dalam pada itu, Fazley menjelaskan, sebahagian besar isu yang dikongsikan di Threads adalah berdasarkan mesej peribadi (DM) yang diterimanya di media sosial.

“Bila Balik, Isteri Tak Masak…,” – Fazley Yaakob Mahu Jadi ‘Hero’ Buat Suami Tersakiti? Perkongsian Di Threads Bukan Kisah Peribadi!

Katanya, dia berasa terpanggil untuk menjadi wakil suara kepada golongan suami yang tidak mempunyai ruang untuk meluahkan perasaan.

“Lebih 50% perkara yang saya kongsikan itu adalah berdasarkan daripada DM yang saya terima di media sosial. Sebab itu juga saya perlu buat penjelasan dahulu.

Ads

“Bila saya cakap tentang wanita-wanita yang tak masak di rumah, ramai yang kecil hati. Sebenarnya, ini adalah luahan daripada ramai suami yang minta saya ketengahkan isu ini.

“Bila pulang ke rumah, isteri tidak masak. Mereka kecil hati tapi tiada cara nak tegur. Jadi, mereka minta saya untuk jadi hero. Bila saya bangkitkan isu ini, ramai pula isteri yang marah,” kongsinya.

Dalam masa sama, Fazley turut memaklumkan, realiti kehidupan para suami ini turut diangkat dalam single terbaharunya berjudul 3 Kali.

Ads

“Bila Balik, Isteri Tak Masak…,” – Fazley Yaakob Mahu Jadi ‘Hero’ Buat Suami Tersakiti? Perkongsian Di Threads Bukan Kisah Peribadi!

“Pada saya, jangan ambil hati. Threads itu merupakan platform maklumat untuk kita kongsikan bersama. Kalau anda terasa, itu bermakna anda telah termakan bisa anda sendiri.

“Saya merupakan perantara buat lelaki. Sebab itu juga saya lancarkan lagu berjudul Tiga Kali. Ia berkisarkan tentang hubungan curang sebanyak tiga kali.

“Melalui lagu, itu saya mewakili lelaki yang dicurangi. Bila wanita dicurangi, ramai yang perkatakan tentang salah lelaki.

“Bila lelaki dicurangi, tiada nak jadi hero. Jadi, biarlah saya berkata-kata di dalam lagu dan Threads saya,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Ilmu Vokal Bukan Main-Main,” – Adeep Nahar Tegur, Sangkal Dakwaan Ilmu...

Sejak kebelakangan ini, industri hiburan tanah air semakin meriah dengan kemunculan ramai artis baharu yang ingin menceburi bidang nyanyian.
error: Hello. Cannot.