Di dalam perkembangan teknologi sekarang, apa sahaja yang dilakukan insan popular menjadi bualan. Baik dari segi tingkah-laku dan berita sensasi yang melingkari hidup mereka. Ibarat ada sahaja yang tidak kena. Lebih malang, ada di antara penampilan atau persalinan yang digayakan selebriti turut terkena tempias. Lalu, pelbagai imaginasi muncul di media sosial, membayangkan persalinan yang dipakai mereka disamakan dengan pelbagai benda, termasuklah makanan!

Memang lucu juga bila ditatap. Apa yang nyatanya, selain ‘tangkas’ menjadi jaguh papan kekunci, tidak dinafikan segelintir daripada mereka juga cukup kreatif dalam berimaginasi. Nah, disenaraikan beberapa gaya selebriti dalam dan luar negara yang pernah terpalit dengan isu pakaian mereka yang dikritik netizen.

Afifah Nasir

Bila Baju Selebriti Kena Kritik Netizen, Disamakan Dengan…

Penampilan pelakon yang juga merupakan adik kepada aktres, Anazalna Nasir ini yang menggayakan dress senteng paras lutut menjadi bualan hingga gaun yang dipakainya itu disamakan dengan karung guni bawang! Gambar tersebut difahamkan telah dirakam ketika isu sensasi melibatkan Afifah bersama rakan pelakon lelakinya untuk sebuah drama rantaian menjadi bualan.

IKLAN

Rihanna

Bila Baju Selebriti Kena Kritik Netizen, Disamakan Dengan…

Bagi yang mengikuti perkembangan fesyen selebriti di Met Gala, pasti akan ada yang ingat dengan gaun ikonik yang digayakan penyanyi pop, Rihanna di pertunjukan fesyen amal tersebut beberapa tahun lalu. dress kuning yang digayakan penyanyi itu dipuji ramai kerana lain daripada yang lain dan tidak kurang juga yang memberi pandangan bahawa ia saling tidak tumpang dengan telur dadar! Malah, ada yang turut samakan ia dengan pelbagai menu lain seperti pizza dan lempeng pisang.

IKLAN

Alyah

Bila Baju Selebriti Kena Kritik Netizen, Disamakan Dengan…

IKLAN

Penyanyi yang kini popular menerusi lagu duet bersama Farawahida, Mengapa Harus Aku turut terkena tempias apabila persalinan yang digayakan di sebuah majlis beberapa bulan lalu menjadi kecaman ramai. Selain ada yang menyelar fesyen tersebut yang dikatakan seperti tidak sesuai dengan imej penyanyi berkenaan, ada yang lebih sinikal apabila menyamakan baju dwi rona hitam putih rekaan pereka Syafieq Ayman dan Erieyzulkifli itu kelihatan seperti Valak!

Selain mereka, ramai lagi selebriti yang turut menerima kritikan hampir sama. Bagi MH, semuanya nampak okay saja. Ibarat kata Uqasha kepada kami, ada netizen yang gigih, seakan tidak ada kerja sanggup edit gambar yang bukan-bukan. Zaman sekarang, mereka yang mahu bergelar artis perlulah kuat fizikal dan mental kerana bukan hanya isu seni yang netizen akan kritik, tapi setiap inci seseorang selebriti akan jadi perhatian!

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI