Pelakon dan penyanyi, Datuk Awie berharap orang ramai tidak memukul rata dan memberikan persepsi negatif terhadap mereka yang aktif berpesatuan hanya kerana ada segelintir pihak yang lari daripada matlamat asal.
Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, mereka yang aktif berpesatuan atau terlibat dengan kumpulan baiah ini sebenarnya mempunyai matlamat yang baik berlandaskan Al-Quran dan sunnah.
Lantas, Awie memutuskan menyelitkan sedikit elemen berpesatuan itu di dalam filem terbaharu arahannya yang berjudul Rebel: Berontak Untuk Berotak.
“Bila menonton filem ini, mungkin orang di luar sana akan terdetik apa hala tuju sebenar mereka yang berpesatuan ini.
“Kita tidak mahu bila bercakap fasal ahli bai’ah semuanya akan bersangkut paut dengan kongsi gelap. Tidak sama sekali.
“Kita sebenarnya mengikut sunnah Rasulullah dan menjunjung Al-Quran. Itulah perjalanan asalnya.
“Namun, bila ada segelintir pihak yang membuat ‘tahi’, merekalah sebenarnya yang merosakkan perjalanan berpesatuan ini. Kalau ikutkan, berpersatuan ini sangat bagus satu ketika dahulu. Mungkin sekarang ini sahaja banyak bezanya,” katanya kepada MH.
Ads
Awie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak, Jumaat lalu.
Pada masa sama, Awie turut memaklumkan dirinya mendapat inspirasi dan tahu mengenai selok belok berpesatuan ini hasil daripada bercampur dengan banyak pihak sejak muda.
“Saya bercampur dengan semua golongan masyarakat tidak kira sama ada yang di atas atau bawah. Saya tahu mengenai gerakan itu,” kongsinya lagi.
Jelas vokalis kumpulan Wings ini lagi, matlamat mereka yang terlibat dengan aktiviti persatuan sebenarnya jauh lebih murni daripada segelintir gerakan politik yang hanya mahu memecah belahkan masyarakat.
Ads
“Berpesatuan ini bukan sesuatu perkara yang baharu. Ahli-ahlinya mungkin ada di sekeliling kita. Cuma kita tidak mahu ambil tahu.
“Kalau kita cari tahu sedikit, mungkin kita akan tahu berpesatuan ini sebenarnya lebih bagus daripada parti-parti politik yang lain.
“Mereka ini lebih mementingkan soal kekeluargaan. Kita tidak sepatutnya menjatuhkan antara satu sama lain. Perjalanan mereka ini jauh lebih murni,” ujarnya lagi.
Ads
Lantaran itu, Awie berharap orang ramai tidak terlalu cepat menghukum sebaliknya menilai dahulu mesej yang ingin disampaikan di dalam filem ini selepas menontonnya.
“Tontonlah dahulu apa yang dinaraturkan dan dipersembahlan di dalam filem ini. Kalau mereka tidak menonton dan hanya mengkritik daripada luar, itu tidak adil.
“Tengok dahulu dan betulkan perspektif negatif itu. Kita pun tidak mahu menegakkan benang yang basah tapi kita nak perbaiki apa yang patut. Perkara yang elok itu, kita elokkan lagi,” akhirinya.
Terdahulu, Rebel: Berontak Untuk Berotak merupakan filem aksi yang mengisahkan tentang perseteruan antara dua individu iaitu Luka (Ben Amir) dan Bono (MK K-Clique), meskipun mereka berada dalam sebuah pertubuhan yang sama.
Filem ini bakal mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat ada berkongsi rakaman video bersama Aprena Manrose di laman Instagram miliknya.
Menerusi video berkenaan, Hatta dilihat secara bergurau mengajukan soalan kepada Aprena mengenai teman lelakinya, namun dijawab spontan pelakon itu, menyatakan dia sudah berkahwin.
“Baru acah acah nak try @mrsaprenamanrose sekali lupaaa dia dah kawen. apa benda laa aku ni, tapi cantik betul dia ni.
“Kak @lovelyyayangofficial yang baik hati penuh dengan senyuman manis dan kasih sayang thank you very much for everything #glamketengglam #teamproduction *hujung tu suara @fikaruslan “ dia dah kahwin laaaa” #awesometv #awesometvmemangawesome @myawesometv,” kongsinya.
Menuntut hak sebagai pengguna, Azza Elite hari ini menerusi Instagram menegaskan akan mengambil tindakan sekiranya tuntutan berhubung barangan yang dibeli tidak diselesaikan segera.
Jelasnya, sekiranya tiada sebarang tindakan, dia akan membuat aduan ke tribunal pengguna untuk mendapatkan ganti rugi.
“Sedih lah kita beli brg tp kena tipu .. kalau x ganti kita sgt sedih .. kita bg masa ..sb staff dia ckp dia cuba bantu .. ok baik.. kak za terima..
“Tetapi .. tetapi dgr sini saudara kak za akn ke tribunal pengguna .
“Kalau tiada apa apa tindakan dari pihak uols.. kakza cari duit mcm nk gila .. siang mlm kekza keje sampai hati korang tipu kakza.akak sedih la berdiri lama kt booth ,buat go shop,buat parodi tetapi bila beli satu brg ni harga ribu.. .kekza kumpul duit sb nk beli brg tu..sob sob sob .
“Cuma kakza nk pesan.. berniaga lah dgn jujur.. tolong jujur. duit tu nk masuk perut tau jadi darah daging. mcm mana kita nk jawab dgn Allah nanti kt akhirat esk kita di soal tau ?.
“Akhirat itu benar saudara.. .janji Allah itu benar .
“Sedih hati kita wak
“Cuma di hari nuzul quran ni kak za doa Allah bantu kak azza . #hasbunallahwanikmalwakil
“La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zholimin.
“Doa org yg teraniya tiada hijab
“Kenapa akak kena tulis kt sini. Sebab .
“Dalam Surah an-Nisaa’, ayat 148 yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang (untuk mendedahkan kejahatan orang), kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Pelakon Nam Ron mengakui dia menjadikan aktor terkenal, Eman Manan sebagai idolanya sejak di bangku sekolah.
Menurut Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, pesona bintang berkenaan menjadi antara faktor dia mahu aktif secara serius dalam bidang lakonan.
Atas rasa minat itulah, Nam Ron mengakui sudah menonton hampir kesemua naskhah yang dibintangi pelakon terbabit.
“Sejak di bangku sekolah lagi, saya dah minat dengan Eman Manan. Hampir semua filem dan drama lakonan dia saya tonton. Saya akui minat saya nak jadi pelakon pun datang dari menonton pesonanya di skrin.
“Saya dapat tahu dia bermula di pentas teater sebab tu saya pun ikut laluan yang sama, bermula di pentas teater,” tulisnya.
Pelakon berusia 52 tahun itu sempat mengimbau kenangan ketika bekerjasasama dengan Eman menerusi beberapa projek.
“Daripada seorang peminat kini sedar tak sedar dah 3 projek telefilem saya dapat berkongsi skrin dengan dia. 1 tele biasa dan 2 supertele.
“Kali pertama saya dapat bergandingan dengannya adalah dalam supertele Parit Jawa 2011 (gambar 1). Tak dapat tidur semalaman bila esoknya nak buat adegan bersamanya.
“Kali kedua telefilem Rantai 2016 (gambar 2). Saya dah selesa sikit bergandingan dengannya. Kali ketiga supertele Tarantula X 2021 (gambar 3).
“Shooting April lalu dan akan ditayangkan 16 disember ni. Kali ini baru saya betul betul selesa beraksi bersamanya,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama turut hormati serta menyanjungi pelakon versatil seperti Eman.
“Selepas 10 tahun baru saya ada keberanian nak minta izin untuk bergambar dengan dia. Begitulah level hormat saya untuk pelakon berbakat sepertinya.
“Bukannya macam korang baru first time berlakon sekali dah ajak buat video tik tok. Jangan lupa tonton Eman Manan dalam Tarantula X di pawagam rumah anda pada 16 disember ini hanya di Astro First,” jelas Nam Ron.
Pempengaruh media sosial terkenal Indonesia iaitu Saal Haerid, mengungguli anugerah utama All Asia Influencers Award (ASIA) 2024, sekali gus melakar sejarah dengan membawa pulang...