Penyanyi Ryan Deedat yang juga duta kepada syarikat perundingan dan penyelesaian masalah kewangan, Lulus.my meyambut baik usaha jenama itu di dalam memperkasakan hal berkaitan pengurusan kewangan pelbagai golongan di negarai ini demi kebaikan bersama.
Lulus telah melancarkan aplikasi LULUS baru-baru ini, menerusi kerjasama strategik baharu yang bakal merevolusikan lanskap perkhidmatan kewangan negara dengan menyediakan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan komprehensif yang mempunyai akses kepada pelbagai pilihan bagi memenuhi keperluan unik pengguna.
“Sudah semestinya saya tumpang gembira melihat perkembangan tersebut. Bila sudah semakin kedepan sudah pasti ia secara langsung memberikan manfaat kepada mana-mana individu yang ingin menyemak status kewangan dan sebagainya.
“Bila ada aplikasi, ia semestinya menjadi lebih mudah berbanding cara tradisional yang mana kini ia lebih efisyen. Mereka sudah boleh ketahui apa-apa servis menerusi hujung jari saja,” katanya kepada MH.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Erbe World Holding, Datuk Muhammad Amir Abdullah, LULUS akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat fintech, biro kredit dan institusi kewangan yang akan meluaskan lagi jangkauan dan mempelbagaikan tawaran produk dan perkhidmatan mereka.
“Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh melakukan semakan pinjaman menggunakan teknologi canggih serta menerusi sumber data yang boleh dipercayai dan antara muka yang mesra pengguna.
“Perkhidmatan ini juga direka bentuk untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, menyediakan laporan kelayakan pinjaman yang cepat, tepat dan boleh diakses.
Ads
“Setakat sekarang, pada tahun pertama saya menyasarkan 10 juta transaksi menerusi aplikasi ini,” katanya sewaktu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara ERBE, CTOS dan CelcomDigi.
Tambahnya lagi, syarikat tersebut mensasarkan 21 buah bank akan terlibat sama dalam kerjasama strategik ini membabitkan lima bank digital, koperasi kredit dan syarikat pinjaman lain.
”Perancangan fasa kedua pula, pada tahun hadapan kami akan memperkenalkan LULUS sebagai platform e-dompet dan fasa ketiga yang masih dalam perancangan iaitu menjalankan perniagaan pelaburan melalui aplikasi yang sama,” ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin pula menjelaskan, mereka mempunyai misi sama untuk membantu rakyat Malaysia memperoleh akses yang lebih cepat dan mudah kepada pembiayaan.
Ads
“Di CTOS misi kami adalah untuk membantu memperkasakan individu dan perniagaan dalam membuat keputusan kredit yang kukuh dan yakin. Ia bagi membawa kepada kesihatan kewangan yang lebih baik dengan akses kritikal kepada data dan cerapan mudah,” katanya.
Turut di dalam acara berkenaan ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Pegawai Eksekutif CTOS, Eric Chin dan Ketua Ketua Kerjasama dan Perkongsian CelcomDigi, Azman Ramli.
Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi LULUS, Mohd Hasrul Syafiq Mohd Ismail berkata pendekatan ini secara tidak langsung memberi kuasa kepada individu untuk mendapatkan pembiayaan dan produk kewangan yang lebih cepat.
Ads
“Perbankan sebagai Perkhidmatan (BaaS) adalah intipati misi kami. Melalui model BaaS, kami bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perbankan yang lebih berpatutan, cekap, dan mudah diakses kepada pelanggan kami.
“Dengan kerjasama daripada 21 bank, 5 bank digital, koperasi kredit dan syarikat-syarikat pinjaman lain, rakyat Malaysia akan merasai manfaat nyata melalui BaaS Lulus.
“Pendekatan revolusi ini memberi kuasa kepada individu untuk mendapatkan pembiayaan dengan lebih cepat dan mudah, menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan, dan mengakses produk dan perkhidmatan kewangan yang sebelum ini di luar jangkauan mereka.
“Kerjasama kami dengan CelcomDigi dan CTOS turut memperkuatkan keupayaan kami, membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan efisyen,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gaya dan bakat yang dimiliki pelakon, Que Haidar sememangnya tidak perlu disangkal lagi kerana setiap kali hasil lakonannya pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati para penonton.
Terbaru, Que ada berkongsi foto di sebalik tabir pengambaran drama terbaru lakonannya, ‘Pencipta Pegang Waktu’.
Ia sebuah telemovie khas yang akan disiarkan sewaktu Hari Raya Aidiladha nanti.
“Terkadang disaat kita rasa hidup kita sempurna sebenarnya kita sedang diuji dengan kesempurnaan itu.
“The making Of ‘Pencipta Pegang Waktu’ telemovie khas Hari Raya Aidiladha di TV3,” tulisnya.
Foto-foto tersebut turut memperlihatkan rambutnya benar-benar dipotong dalam salah satu babak telemovie berkenaan.
Entri tersebut dikongsikan oleh Que menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat teruja dengan perkongsian tersebut malah mereka turut telah meletakkan ekspetasi yang tinggi terhadap hasil akhir telemovie berkenaan.
Selain Que, antara nama besar lain yang turut membintangi telemovie ini adalah Ogy Ahmad Daud, Khir Rahman, Puteri Balqis dan ramai lagi.
Sumber: Instagram The Haidars
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Akim Ahmad mendedahkan anak keduanya, Isa yang dilahirkan pada 6 Ogos lalu lebih manja berbanding kakaknya yang mesra disapa Beyya dan Eshaal.
Akim, 31, berkata dia bagaimanapun rasa teruja kerana kini sudah ada pengalaman dalam menguruskan anak lelaki.
“Alhamdulillah, bayi makin sihat dan dia sudah mengambil vaksin pertama, baru-baru ini. Rasa seronok memandangkan sebelum ini kami sudah miliki dua cahaya mata perempuan.
“Jadi bila ada anak lelaki ni, rasa berbeza. Bagi saya, dia lebih manja. Misalnya kalau waktu hendak tidur,
mesti berdukung. Berbeza dengan kakaknya yang sebelum ini tidak perlukan buaian kalau mahu tidur.
“Kalau tidak, akan merengek. Nak kena dukung, tepuk-tepuk. Sepanjang tiga bulan lalu, memang saya banyak berjaga malamlah,” katanya kepada MH.
Akim berkata demikian ketika ditemui pada MajlisPelancaran Absolut Music Festival di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada Rabu.
Berkongsi mengenai nama ringkas anaknya itu, Akim menjelaskan dia dan isterinya, penyanyi Stacy sepakat mahu memberi nama yang mudah dan mempunyai maksud yang baik.
“Saya tidak mahu nanti pening untuk tulis nama anak panjang-panjang. Kami memang sepakat pilih nama Isa. Sebelum ini ada juga beberapa nama lain.
“Tapi kami putus untuk pilih nama yang unik dan saya pada saya, maksudnya juga baik. Mudah-mudahan anak kami membesar sebagai anak soleh,” kongsinya lagi.
Akim dan Stacy sah menjadi suami isteri pada Februari 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan diberi nama Eshaal yang kini berusia lima tahun.
Pasangan itu turut mempunyai seorang anak angkat yang disapa Beyya, yang kini sudah memasuki usia sembilan tahun.
Dalam pada itu, Akim antara barisan 18 artis yang akan menjayakan persembahan sempena Absolut Music Festival 2022 awal bulan depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi.
Selain Akim, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi akan melakukan persembahan sepanjang tiga hari penganjuran konsert percuma itu.
Bertemakan festival dengan konsep terbuka, acara yang mendapat tajaan dari syarikat vape, Elfbar diadakan bertujuan menyemarakkan lagi industri acara di negara ini.
Pada masa sama, festival sama turut membuka peluang rezeki kepada 110 peniaga kecil dan sederhana terdiri daripada industri makanan, minuman, pakaian dan kosmetik untuk menjual barangan mereka sepanjang acara.
Festival yang akan bermula dari 4 hingga 6 November ini juga turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.