Big Bang Berkumpul Semula Sebelum GD Dan Taeyang Masuk ‘Army’

Kumpulan Big Bang sememangnya dikenali sebagai salah satu kumpulan yang sangat menghargai peminatnya apatah lagi VIP (peminat) merupakan sebab utama kejayaan mereka selama ini.

Umum mengetahui bahawa dua daripada ahlinya, iaitu G-Dragon dan Taeyang akan menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun yang menjadi satu mandatori buat kaum lelaki di Korea Selatan.

Selain itu, kumpulan tersebut juga turut dilanda kontroversi apabila ahli tertua mereka, T.O.P terlibat dengan  dadah sehingga terpaksa ditarik dari latihan ketenteraannya dan didenda melakukan perkhidmatan awam.

Sejak itu, sukar untuk VIP melihat kesemua lima ahli kumpulan berada di atas pentas yang sama malah konsert terakhir mereka pada hujung Disember 2017 juga menyaksikan ketiadaan T.O.P di atas pentas.

Dalam pada itu, T.O.P juga tidak kelihatan di mata media dan netizen memandangkan sedang dalam belajar dari kesilapannya.

IKLAN

Namun begitu, baru-baru ini Big Bang memberikan satu hadiah bermakna buat para VIP apabila kelihatan kesemua lima ahlinya bersama-sama menghabiskan masa sebelum GD dan Taeyang menyertai ‘army’.

Taeyang juga turut memuat naik foto mereka di laman IG menyaksikan kemunculan pertama T.O.P di mata khalayak ramai selepas skandal dadahnya itu.

A post shared by TAEYANG (@__youngbae__) on

Turut berkongsi gambar merupakan rakan mereka Phillip Chun berserta kapsyen ‘ Semoga mereka kekal sihat semasa menjalankan latihan ketenteraan’.

IKLAN

G-Dragon akan memulakan latihan ketenteraannya pada 27 Februari ini manakala Taeyang bakal menyusul pada 12 Mac nanti.

MH difahamkan selepas ini Daesung akan menyusul dan diikuti dengan Seungri menjadikan ‘comeback’ kumpulan tersebut entah bila.

Kepada para GD, Taeyang dan para VIP, MH ucapkan ‘Fighting’!