Pelakon Zara Zya lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi mengenai kisah pencintaannya kepada umum.
Mengakui sedang mengenai seseorang lebih enam bulan lalu, bintang berusia 35 tahun ini memilih untuk merahsiakan hal tersebut terlebih dulu di samping memberi fokus sepenuhnya terhadap dunia seni dan bisnes.
“Apa yang boleh saya kongsi, sekarang memang sedang mengenali seseorang, tetapi untuk bercerita mengenai soal kahwin dan perhubungan, setakat ini biarlah ia rahsia.
“Saya mahu fokus pada perkara lain iaitu lakonan dan bisnes. Sebab kalau nak bercakap mengenai hal tersebut, saya sudah beritahu pada semua dan cukuplah setakat itu sahaja.
“Saya tidak mahu jadi macam dulu… Biarlah rahsia dulu. Bukan kata serik untuk berkongsi, sekarang saya lebih selesa begini.
“Rasanya rilekslah dulu, janji orang tahu saya bersama seseorang,” jelasnya yang masih belum mempunyai bayangan untuk berbincang mengenai soal perkahwinan bersama si dia kerana masih terlalu awal.
Ads
Zara ditemui pada majlis pembukaan restoran miliknya, ZaraZyaCooks (ZZC) di Jalan Setia Dagang, Setia Alam, Selangor, baru-baru ini.
Dia sekali lagi cabar diri dengan melibatkan diri dalam bidang industri food & beverage (F&B) buat kali ketiga.
“Sebelum ini pada fasa PKP saya mulai terfikir apa yang boleh saya buat untuk isi masa di rumah memandangkan ada yang turut cari rezeki dengan masakan. Jadi saya terfikir untuk kembali ke dapur dan lakukan delivery makanan.
Ads
“Ketika bulan puasa, ia sukses dan selepas itu pun ada lagi yang bertanya dan ada yang cadangkan saya untuk buka kedai. Jadi hati tu yang ‘merajuk’, takut untuk aktif balik berniaga makanan sebelum ini mula kembali ada keberanian itu.
“Kali ini yang ketiga selepas dua percubaan, mengapa tidak untuk cuba lagi. Malah, saya rasa masakan ialah kekuatan dan kecintaan saya. Sebelum ini saya ada keluarkan produk lain, semua tak boleh.
“Kalau ada yang seronok lakukan tutorial mekap dan sebagainya, saya bukan sebegitu. Saya seorang suka duduk rumah dan memasak, bagi orang makan. Kali ini saya akan cuba berikan yang sebaik mungkin.
Ads
“Pertaruhkan nama ‘Zara Zya’ itu sendiri. Sebelum ini, ZaraZyaCooks itu hanyalah tanda palang untuk saya letak di Instagram saja,” katanya optimis.
Sementara itu, bintang drama Monalisa itu menyatakan dia mendapat sokongan penuh daripada teman lelaki untuk membuka restoran baharu itu.
“Saya pernah kongsikan sebelum ini, si dia selalu menyokong dan saya gembira. Dia sangat-sangat membantu misalnya dalam memberikan nasihat. Begitu juga dalam kerjaya seni.
“Sudah tentulah kita inginkan seseorang yang menyokong, sentiasa ada di belakang kita. Katanya buatlah yang terbaik, usah putus asa. Kalau ada yang mengecam, jangan terlalu fikirkan mengenai kecaman yang hadir.
“Kita ada ‘team’ yang akan menyokong dan sebagainya,” kata Zara yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama untuk siaran Astro Citra di samping Hairie Safwan, Hasnul Rahmat dan Fazreen Rafi dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ceria Megastar Akhir malam tadi menyaksikan Kowachee, 11, muncul juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 berserta trofi.
Bintang cilik ini turut memenangi baucar bernilai RM1,000 tajaan Legoland dan pingat ‘star of the Week’.
Remaja kelahiran Selangor itu mempersembahkan tarian memukau menerusi lagu Tokyo Drift dan Dhoom yang dilakukan secara remix.
Tempat kedua dimenangi Nana yang menyampaikan lagu Say Something ( A Great Big World ft. Christina Aguilera) dan Roar (Katty Perry).
Penyanyi berusia 14 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Tempat ketiga pula dimenangi Adinda yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi kemenangan.
Ija, diumumkan sebagai pemenang tempat keempat, membawa pulang trofi bersama wang tunai RM5,000.
Bersiaran selama lapan minggu, Zizan Razak dan Ernie Zakri bertindak sebagai juri profesional sementara Datuk AC Mizal diundang sebagai juri jemputan di malam final.
Sebanyak 60 peratus keputusan daripada juri profesional sementara 40 peratus pula ditentukan oleh undian peminat.
Pentas akhir Ceria Megastar yang dihoskan Nabil Ahmad bersiaran secara langsung di Astro Ceria (611), Astro Ceria HD (631) yang turut ditayangkan serentak di Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun menyambut ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Zabedah Saad baru-baru ini.
Diraikan bersama ahli keluarga lain dalam suasana yang cukup meriah, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi beberapa foto sekitar sambutan di Instagram miliknya.
Ushawan kosmetik sensasi yang pernah muncul dengan single, Safiey Ilias mendedahkan bakal mendapatkan rawatan dari klinik estetik bagi mengecilkan pipi.
Penyanyi Syinta Gila ini mahu mendapatkan prosedur berkenaan selepas ditegur bahawa bentuk pipinya kelihatan pelik.
Safiey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Malah dia turut memaklumkan, bakal membuat rawatan dengan doktor estetik yang sah kerana sebelum ini ‘terkena’ dengan doktor yang tidak bertauliah.
“Alhamdulillah, esok akan jumpa @drshaharom untuk rawatan kecilkan pipi sebab ramai cakap pipi saya pelik. Tq doc!
“So make sure buat rawatan dekat doktor estetik sah yang ada LCP License (Letter of Credentialing dan Privileging) ye.
“Saya dah terkena dengan doktor tak bertauliah. Serik! Nasib ada Dr Shah,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sementara itu menerusi ruangan komen, para pengikutnya turut memberikan reaksi pelbagai. Malah, ada di antara reaksi yang ditinggalkan mendapat respon Safiey.
Meninjau posting terkininya pula, Safiey hari ini ada bertemu kaunselor bagi mendapatkan sesi kaunseling dan terapi.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...