Pelakon Syafiq Kyle amat mementingkan personaliti dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Menurutnya, physical body memainkan peranan penting untuk kelihatan segak dan sihat. Terutamanya di kalangan lelaki.

Malah katanya, dulu berat badannya turut bertambah kerana abaikan soal hal tersebut.

“Macam saya dulu sebelum jadi pelakon, berat saya 82kg, selepas tu turun lagi 72kg dan sekarang 68kg.

 

“Alhamdulillah sebab sesekali memang wajib ke gym untuk dapatkan bentuk badan ideal dan stamina,” katanya.

Terdahulu, Syafiq dan para pelakon lain ditemui media pada majlis pelancaran bersama media filem Gol & Gincu Vol.2 di Empire City, Damansara.

“Biar Tak Handsome, Asalkan…,”- Ini Pesanan Syafiq Kyle Kepada Lelaki

IKLAN

“Sebab itu sekarang dalam dua atau tiga kali seminggu saya memang akan luangkan masa untuk bermain dengan pasukan bola sepak saya, Challo FC. Kalau sibuk sangat, saya akan pastikan dapat turun bermain seminggu sekali pun jadilah,“ tambahnya lagi kepada MH.

 

“Biar muka tak handsome, asalkan body okay tu yg penting.. macam saya sendiri, saya elakan makannan jenis berminyak dan bergula dan kurangkan pengambilan nasi,” katanya.

“Biar Tak Handsome, Asalkan…,”- Ini Pesanan Syafiq Kyle Kepada Lelaki

“Biar Tak Handsome, Asalkan…,”- Ini Pesanan Syafiq Kyle Kepada Lelaki

IKLAN

Menerusi filem Gol & Gincu Vol.2 arahan Ummi Salwana Omar itu, Syafiq memainkan peranan sebagai seorang jejaka imej ala K-Pop yang sentiasa menjaga penampilannya serta perlu selalu tampil kacak di mata umum.

“Karakter saya dalam filem ini saya perlu tampil jambu seperti jejaka K-pop. Itu merupakan rujukan yang digunakan pihak produksi untuk watak saya.

 

“Bukan mudah sebenarnya kerana saya harus sentiasa memastikan penampilan dijaga, sekalipun ketika berada di bawah panas. Saya juga terpaksa membataskan pergerakan supaya tidak banyak berpeluh,” katanya.

Selain Syafiq, Gol & Gince Vol. 2 yang diterbitkan oleh Red Films ini turut dibintangi Datin Diana Danielle, Ummi Nazeera, Sazzy Falak, Sharifah Amani dan Aedy Ashraf.

IKLAN

Filem keremajaan berkenaan akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia 25 Oktober depan.

MH cabar bersama Syafiq Kyle. Sporting giler kot semua yang join. Till we meet again guys!!!!

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 5 August 2018

Foto: Instagram Syafiq Kyle

https://www.youtube.com/watch?v=M-eD4jMNNZw

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI