“Biar Sedih Tak Dapat Beraya, Daripada Sedih Kehilangan Mak Ayah,” – Kisah Suami Kematian Isteri Kerana Covid-19 Tular, Fitri Haris Seru Rakyat Ambil Iktibar

Share

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai kisah seorang suami yang dikhabarkan telah kehilangan isteri akibat dijangkiti wabak Covid-19.

Video rakaman suara daripada aplikasi Whatsapp itu nyata menyentuh hati ramai pihak lebih-lebih selepas mendengar tangisan daripada suami dan juga anak-anak kepada wanita berkenaan.

Antara yang turut sama memberikan reaksi terhadap kisah sedih tersebut termasuklah penyanyi nasyid, Fitri Haris.

Menurut Fitri, dia berharap agar kisah tersebut dapat membuka mata dan menjadi pedoman buat kita semua untuk terus mematuhi segala saranan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19.

“Still lagi nak balik kampung? Nakk bahayakan mak ayah? Biar kita sedih tak dapat beraya daripada kita sedih kehilangan mak ayah buat selama-lamanya

“Covid benda yang kita tak nampak. Kalau nampak senang boleh pijak sekor-sekor atau tumbuk laju-laju.

“Jangan berhenti brdoa semoga covid ni lenyap buat selama-lamanya. Mana tau doa korang kena plak time lailatulqadr,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.

Katanya lagi, dia lebih rela bersedih kerana tidak dapat berjumpa dengan ibu ayah daripada bersedih kerana kematian mereka.

Malah, Fitri turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama memanjatkan doa di bulan yang mulia ini agar negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa duka selain turut menitipkan doa semoga keluarga tersebut diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.

Sumber: Instagram Fitri Haris

IKLAN