Dua nama hebat dari dua negara serumpun, Azharina Azhar dari Malaysia dan Nana Karia, artis versatil dari Singapura akhirnya bergabung dalam sebuah kolaborasi istimewa menerusi lagu terbaharu, Biar Gambar Bicara.

Lagu ini bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga sebuah kisah perjalanan, kepercayaan dan rasa yang telah dibina sejak bertahun lamanya.

Kerjasama ini bermula sejak hujung tahun 2023 melalui satu panggilan telefon antara mereka.

Azharina dan Nana Karia sebenarnya telah saling mengenali sejak 2016, namun hanya pada penghujung 2023 mereka berbicara secara serius tentang impian untuk bekerjasama dalam satu projek muzik.

“Bila Nana cakap dia nak kolaborasi, saya terus rasa ada sesuatu yang kuat dalam lagu ni. Bila saya dengar demo lagu ni, saya terus jatuh cinta.

“Rasa macam lagu ni memang ditulis untuk saya. Kami pertama kali bertemu secara bersemuka pada Disember 2023 di Kuala Lumpur dan dari situ, semuanya berjalan dengan lancar,” kata Azharina.

Demo lagu tersebut dihantar kepadanya sekitar Mac 2024 dan kedua-dua artis itu memasuki studio rakaman di Kuala Lumpur dalam bulan yang sama.

Ads

Proses rakaman berlangsung dengan penuh keserasian, hasil keakraban yang telah lama terjalin antara mereka.

Sementara muzik video pula dirakam di lokasi eksklusif iaitu Mandarin Oriental Kuala Lumpur, menambah elemen dramatik dan elegan kepada visual lagu ini.

“Biar Gambar Bicara,” – Azharina, Nana Karia “Biar Gambar Bicara,” – Azharina, Nana Karia “Biar Gambar Bicara,” – Azharina, Nana Karia “Biar Gambar Bicara,” – Azharina, Nana Karia

 

Ads

Simbol Keyakinan, Kesabaran & Realiti Hidup

Menurut Nana Karia pula, lagu ini disifatkan sebagai lambang keyakinan, kesabaran dan kesungguhan yang akhirnya membuahkan hasil.

“Saya percaya kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Kami melalui pelbagai proses, dari jarak jauh sehinggalah akhirnya dapat bersatu dalam studio.

“Biar Gambar Bicara merupakan lagu berbentuk realiti kehidupan yang dilalui oleh semua manusia.

“Saya sangat terharu dapat bekerjasama dengan Azharina, seorang penyanyi yang saya kagumi sejak dulu. Lagu ini benar-benar dekat di hati kami berdua,” ujar Nana.

Ads

Lagu ini merupakan hasil ciptaan Nana Karia sendiri, manakala lirik ditulis oleh Faizal Sapuan.

Ia diterbitkan oleh gabungan tenaga kreatif dari Jebon Osman, Azharina Azhar dan produksi bersama antara Azharina Entertainment dan Soulitaire Production.

Biar Gambar Bicara sudah dilancarkan secara rasmi pada 31 Oktober lalu dan boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music, Joox dan YouTube Music.

Muzik video rasmi juga turut dilancarkan pada 17 November lalu dan sehingga ini ia sudah ditonton hampir 2,000 kali.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads