Kecoh atmosfera media sosial apabila kebanyakan pengguna sudah sedia sahut cabaran #InMyFeelingChallenge iaitu sebuah video yang memaparkan pelakunya perlu menarik di samping kenderaan bergerak perlahan.

Selepas video Bella Astillah, Azira Syafinaz dan Hafidz Roshdi, versi sama daripada penyanyi, Siti Sarah Raisuddin juga menjadi buah mulut ramai ketika ini.

Malah, rakan selebriti turut terhibur dengan aksi penyanyi Semakin itu. Antaranya ialah Fasha Sandha yang repost posting berkenaan, selain disukai penyanyi popular Indonesia, Kris Dayanti, Ning Baizura, Azharina, Aliff Syukri dan ramai lagi.

[VIDEO]”Biadap Ye…Hujung-Hujung Dia Tinggalkan Kita!,” – Jawab Sarah Bila ‘Kiki Challenge’ Sudah Tular

IKLAN

Ketika dihubungi MH, Sarah terkejut apabila video yang dimuat naik menerusi Instagram itu menjadi tular dalam tempoh singkat. Katanya dia hanya lakukan itu secara suka-suka sahaja memandangkan ia menjadi trend kini.

[VIDEO]”Biadap Ye…Hujung-Hujung Dia Tinggalkan Kita!,” – Jawab Sarah Bila ‘Kiki Challenge’ Sudah Tular

IKLAN

[VIDEO]”Biadap Ye…Hujung-Hujung Dia Tinggalkan Kita!,” – Jawab Sarah Bila ‘Kiki Challenge’ Sudah Tular

IKLAN

“Saya sendiri terkejut bila ramai yang beri komen. Katanya terhibur dengan aksi spontan yang dilakukan. Mungkin part yang saya kena tinggal Shuib tu yang mencuit hati ramai. Terima kasih pada yang suka dengan aksi kami.

 

“Yang penting, saya hanya muat naik untuk berhibur, suka-suka sahaja. Janganlah terlalu serius sangat ya,” pinta Sarah.

Pada masa sama, Sarah juga mengakui dia rasa ‘geram’ untuk buat video sama kerana ramai rakan artis turut melakukan hal sama.

“Awalnya saya geram tengok. Jadi saya suruhlah suami tolong rekodkan. Kami buat pagi tadi sebelum saya ke sebuah sesi fotografi.

 

“Tapi biadap ye…hujung-hujung dia tinggalkan kita,” seloroh Sarah yang kini sudah menjadi duta kepada produk Bee Factory. 

Foto: Instagram Sarah

https://www.instagram.com/p/BlZi5QLF1hs/?hl=en&taken-by=sitisarahraissuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI