“Betul juga apa yang netizen cakap, tak apa. Biarlah dulu.” Itu reaksi yang diberikan pelawak dan penyampai radio, Shuib selepas diminta mengulas mengenai tawaran kurniaan untuk bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri yang diterimanya, bulan lalu.
Percaya kepada rezeki, suami kepada penyanyi Siti Sarah ini juga memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai hal tersebut selepas mendapat reaksi pelbagai peminat.
“Kalau boleh, saya tidak mahu mempersebarkan mengenai isu tersebut. Saya ni orang biasa sahaja, kalau ada rezeki untuk diberikan pangkat itu, adalah.
“Kalau tidak ada pun tidak mengapa, tiada masalah,” katanya kepada MH.
Pengusaha jenama minuman, Bubble Bee ini juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas setiap maklum balas yang diberikan semua terhadap perkara berkenaan.
Ads
“Setiap individu ada hak untuk berikan pendapat masing-masing. Saya akur dengan hal tersebut dan terima kasih jugalah atas segala sokongan.
“Tetapi bagi saya, dalam hidup kita tidak tahu apa yang akan berlaku esok hari, apatah lagi lusa.
Ads
“Cuma jika itulah ketentuanNya, misal kata dalam tahun ini saya mendapat juga kurniaan Datuk, itu rezeki dari Allah SWT.
“Saya terima. Kalau tidak ada pun, tidak mengapalah,” katanya lagi.
Sebelum ini, Shuib pernah mendedahkan dirinya ada mendapat tawaran tersebut daripada sebuah negeri.
Ads
Dia bagaimanapun masih pertimbangkan tawaran berkenaan memandangkan dirinya masih lagi terikat dengan beberapa komitmen kerjaya.
Dalam perkembangan lain, Shuib baru sahaja melancarkan cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan, pada Ahad.
Menjadi outlet pertama di luar Lembah Klang, Shuib bersama rakan niaga di outlet terbabit, Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi turut optimis terhadap sambutan luar biasa yang diberikan penduduk setempat.
Usahawan yang juga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ada berkongsi sepotong videp pendek yang merakamkan aksi kandidnya bersama bapa tersayang.
Dirakam sewaktu pembukaan rasmi kedai runcitnya, Elewsmart baru-baru ini, Ebit memberitahu ibu bapa merupakan sumber kekuatannya.
“Tadi berbual dengan ayah saya. Bisiknya jika mak ada mesti dia gembira sangatkan anakku. Dia menangis rindukan mak saya.
“Saya kata padanya. Itulah kekuatan ebit, doa bapak dan mak dulu lagi. Sebenarnya, semua yang kita peroleh hari ini mak lebih dapat kerana ebit niat setiap kebaikan ebit hadiahkan buat mak,” tulisnya.
Ebit pada masa sama turut membayangkan kerinduan bapa buat isteri yang telah pergi selamanya.
“Itulah ayah saya kisah cintanya pada mak saya. Kasih sayangnya. Dialah ayah yang tak bercakap banyak sangat tapi kasih sayangnya pada anak.
“Kata-katanya sumber kekuatan dalam hidup saya. Ya Allah jagakanlah mak di sana. Berilah ayah saya sentiasa sihat dan bahagia. Gunakanlah kami semua jadi matahari kebaikan,” doa Ebit.
Terdahulu menerusi beberapa posting sebelumnya, Ebit ada berkongsi video sekitar pembukaan rasmi dua cawangan Elewsmart di Bandar Baru Bangi dan Kajang hujung minggu lalu.
Bakal muncul menerusi drama bersiri, Pink Smile yang turut dilakonkan Fattah Amin, pelakon baru, Farhan Asri menyatakan rasa teruja apabila hasratnya untuk berkerjasama dengan bintang popular itu akhirnya direalisasi.
Farhan yang juga merupakan naib johan pencarian Hero Remaja 2017 lalu menambah, peluang berlakon bersama juara Hero Remaja 2012 itu disifatkan sebagai satu peluang keemasan yang sukar untuk dilepaskan.
“Sejujurnya saya memang rasa ‘takut’ dengan dia. Tambahan pula saya anggap Fattah sebagai idola. Bila bertemu dengan seseorang yang kita kagumi di depan mata, rasa teruja.
“Jadi secara tak langsung, saya kena buktikan yang saya juga mampu ‘perform’ dan berikan yang terbaik.
“Tak boleh nak main-main. Apa pun, semuanya berjalan dengan lancar,” katanya kepada MH.
Selain Fattah, Pink Smile yang bakal bersiaran menerusi slot Lestari di TV3 bermula esok turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzaq Mushtaq dan ramai lagi.
Menyifatkan suami kepada aktres, Nur Fazura itu sebagai seorang pelakon berkaliber yang banyak memberikan tunjuk ajar, bintang berusia 23 tahun itu turut mengakui Fattah seorang pelakon terkenal yang merendah diri.
“Fattah pun banyak berikan tunjuk ajar sepanjang penggambaran. Malah dia pun seorang yang rendah diri, cukup membantu dan faham perasaan serta situasi saya yang masih boleh dikira baru.
“Malah dia seolah-olah boleh baca personaliti saya bila di set. Dia pernah tanya saya, adakah saya seorang yang pemalu dan sebagainya. Ia buat saya rasa selesa.
“Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk. Itulah dia. Mungkin orang yang tidak kenali dia, boleh cakap macam-macam. Tapi bila saya isi masa dengannya, barulah tahu karektor Fattah yang sebenarnya.
“Mungkin kalau saya berada di posisinya sekarang, belum tentu saya mampu tunduk macam tu agaknya,” akuinya jujur.
Lebih tiga tahun terlibat dalam seni, Farhan menyifatkan kerja keras dan usaha berterusan adalah resipi kejayaan seseorang individu.
“Dari dulu hingga sekarang, saya tidak pernah berhenti berharap. Saya ada target sendiri dan perlahan-lahan Allah SWT permudahkan, alhamdulillah.
“Saya juga dikelilingi mereka yang baik dalam bidang masing-masing dan itulah yang saya idam-idamkan. Selebihnya, saya teruskan dengan usaha dan doa, insya-Allah,” akhirinya optimis.
“Alhamdulillah terima kasih atas doa-doa dan wish sempena birthday saya yang ke-35.
“Bertambah umur, semakin dekat rasanya dengan ‘mati'” tulisnya.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Amyra Rosli itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Amar turut mendoakan agar kita semua diampunkan segala dosa dan mati dalam keadaan ‘husnul khatimah’.
“Bagi yang kirimkan birthday wish kat saya, saya doakan kalian semoga diampunkan segala dosa-dosa, sentiasa istiqamah mencari redha Allah dan semoga kita semua pergi dalam keadaan husnul khatimah amin,” katanya lagi.
Sementara itu, pelakon tersebut turut menerima kejutan hari lahir daripada isteri tercinta yang hadir ke set pengambaran Amar di Sungai Besar, Selangor.
“Also thanks to my kakak from another mom n dad @sis_515 yang tolong i adjustkan scene-scene yang patutnya tiada jadi ada haha,” kongsinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih kepada Amar diatas peringatan tersebut selain turut mendoakan agar Amar sekeluarga bahagia dunia dan akhirat.
Sumber: Instagram Amar Baharin & Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...