“Bertudung Buat Perangai Elok Sikit,”- Ini Punca Sekali Lagi Sherry Ibrahim Dikecam Netizen

Share

Pelakon Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim telah memuat naik satu video di akaun Instagram.

Rakaman video tersebut telah memaparkan pelakon yang berusia 36 tahun itu sedang berjalan dengan berkaki ayam di sebuah pusat membeli-belah.

”As long as my feet happy and can breath #NotAHighHeelGirl #BeYOU”tulisnya.

Lantas, perkongsian Sherry telah menjadi perhatian seorang individu yang memberi komen berbaur negatif terhadap dirinya.

“B’tudung buat perangai elok skit..”tulis individu tersebut.

Lalu, komen individu tersebut telah dibalas oleh peminat Sherry kerana merasakan komen individu tersebut keterlaluan.

Alahai, tidak baik untuk kita berkata yang tidak baik kepada orang lain. Alangkah baik kita untuk sentiasa berfikiran positif.

Video : Instagram Sherry Ibrahim

IKLAN