“Bertuah Rasanya B Dapat Sayang,” – Raja Afiq Puji Penampilan Tunang, Soffwany Di Suara Viral, Sweet Betul!

Share

Pelakon Raja Afiq memuji penampilan tunangnya yang juga merupakan anggota polis yang kini bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff.

Mengenakan persalinan dress sequin labuh, Soffwany kini sedang bersaing dalam program realiti, Suara Viral yang baru sahaja melabuhkan konsert pertamanya, pada Rabu.

“I love youu cantik syg hari ni bertuah rasanya b dapat syg.

“Semoga berjaya ye wahai tunang ku,” tulis Raja Afiq di ruangan kapsyen yang cukup ‘sweet’.

Sementara itu menerusi Instagram Soffwany pula, dia meminta maaf kepada penyokong kerana kurang berjaya memberikan persembahan yang baik atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

Dia bagaimanapun optimis untuk memberikan yang terbaik untuk saingan kedua, minggu hadapan dengan mempertaruhkan lagu Setia Kukorbankan yang dipopularkan oleh Fauziah Latiff.

Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Koperal Pemerhati Udara telah menyanyikan lagu Kasih nyanyian asal Hetty Koes Endang malam tadi.

Jangan ketinggalan untuk menonton program Suara Viral setiap Rabu, jam 9.00 malam mulai 17 Jun 2020 secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Mac dan sudah pun berbincang untuk melangkah ke fasa perkahwinan tidak lama lagi.

Foto: Instagram Soffwany, Raja Afiq

IKLAN