Pelakon Tasha Shilla akui dirinya sepakat bersama suami, Muhammad Atiq Idris untuk diijabkabulkan di ruang solat Masjid Wilayah, Kuala Lumpur sebagai simbolik pertemuan mereka yang tidak disangka-sangka.
Jelasnya lagi, meski pun perkenalan mereka pada awalnya diatur oleh kenalan rapat, namun keduanya saling bertemu secara tidak sengaja buat kali kedua di lokasi terbabit.
“Jujurnya pertemuan pertama kami diatur oleh rakan baik, akan tetapi pertemuan kedua yang tak dijangka itu di Masjid Wilayah.
“Saya ternampak dia, bertemu di sini di ruang solat yang sama dan saya pilih, beritahu suami mahu dinikahkan di sini.
“Alhamdulillah sebenarnya banyak doa saya sebelum ini dimakbulkan Allah,” katanya sejurus sah bergelar isteri kepada lelaki berusia 33 tahun itu.
Berkongsi perasaan sejurus selesai akad nikah, bintang Kamar Kamariah itu memanjatkan rasa syukur kerana berjodohan dengan insan beriman yang didambakan selama ini.
“Syukur alhamdulillah, impian menjadi nyata. Berkat doa semua yang mahu melihat saya mendirikan rumah tangga, akhirnya saya bertemu dengan suami, seorang lelaki beriman yang sayangi dan terima diri seadanya.
“Saya gembira di sampingnya. Alhamdulillah kita berjaya lakukannya bersama. Terima kasih buat semua yang hadir dan seterusnya mendoakan yang baik-baik buat kami,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan bulan madu, pasangan yang awalnya mengikat tali pertunangan 23 Februari lalu ini merancang menjejakkan kaki ke tanah suci.
“Setakat ini, kami ada rancang untuk bulan madu di Mekah. Cuna atas isu semasa yang berlaku, mungkin kami akan melancong di dalam negara terlebih dahulu.
“Kami ambil cuti lebih sebulan untuk fokus dalam proses persiapan perkahwinan.
“InsyaAllah kami mungkin bercuti di dalam negara kira-kira seminggu sebelum masing-masing fokus pada kerjaya,” akui Tasha.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis ringkas di Masjid Wilayah kira-kira jam 9.59 pagi, 28 Februari lalu.
Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali dan disaksikan Imam Besar masjid berkenaan, Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni.
Pada majlis itu juga, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak. Manakala, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.
Keduanya turut diraikan dalam satu majlis resepsi pada sebelah malam hari sama.
Pelakon dan usahawan Anzalna Nasir baru-baru ini memenuhi undangan ke majlis respsi Nelydia Senrose dan Mohd Hafez Halimi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Apa yang mencuit hati ialah apabila Anzalna yang dirakam sedang asyik menikmati makanan sehinggakan tidak perasan pengantin lalu di belakang, sedangkan tetamu yang lain fokus memandang ke arah raja sehari itu.
“@sherry_alhadad kenapa tak bagitau i pengantin tengah jalan? @missfazura kenapa kantoikan i makan banyak! Laaaa salahkan orang… Melampau la Beyoncit ni! Tapi pengantin semalam cantik gila! Congrats again @nelydiasenrose and husband,” tulisnya.
Susulan kekangan dan situasi semasa pandemik COVID-19, penyanyi Haqiem Rusli bakal merealisasikan hasratnya dengan menganjurkan konsert secara maya.
Konsert berdurasi lebih sejam itu akan berlangsung pada 2 April depan itu anjuran syarikat rakamannya, FMC Music dan YTJT Production.
Haqiem Rusli sebelum ini pernah mengadakan konsert sulungnya pada Oktober tahun 2019 di sebuah premis acara di Cheras menghiburkan lebih 1000 peminatnya.
Malah, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular edisi ke-33 itu juga pernah mensasarkan untuk mengadakan konsert keduanya tahun ini, cuma situasinya sahaja yang berbeza.
“Tak dapat buat konsert skala besar besaran untuk peminat secara normal, saya akhirnya dapat cetus idea melaksanakannya secara maya.
“Dalam tempoh sebulan bersama pasukan saya melakukan sesi percambahan media, kita sepakat teruskan konsert cara norma baharu ini,” katanya.
Penyanyi yang mula meniti populariti menerusi lagu Tergantung Sepi itu turut memaklumkan dia mungkin akan menyanyikan sekitar 10 buah lagu pada konsert berkenaan.
“Selain lagu sendiri, saya juga teruja nak menyanyikan dua buah lagu Datuk Seri Siti Nurhaliza secara medley. Dua lagu berkenaan ialah Cindai dan Nirmala.
“Tak ketinggalan lagu sendiri termasuk sebuah karya yang tak pernah saya lancarkan di mana mana platform pun,” katanya.
Kata Haqiem lagi, tiket dijual pada harga yang cukup berpatutan.
“Yang beli awal saat ini, harga tiket dalam RM59. Nanti kembali kepada harga biasa RM79.
“Saya harap konsert ini akan terus jadi saksi menghubungkandiri ini dengan peminat, yang nak dapatkan tiket boleh beli di pautan profil Instagram saya,” katanya yang kini hist menerusi lagu Mimpi.
Lagu berkenaan juga merupakan runut bunyi untuk drama rantaian Bidadari Salju sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi Adira Suhaimi yang telah pun selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kilogram menerusi kaedah pembedahan kira-kira jam 1.00 tengahari tadi.
Meluahkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata keempatnya, Adira,31, berkata dia dan bayi berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah… pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak. Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.
Perkhabaran gembira itu turut dikongsikan penyanyi lagu Ombak Rindu itu menerusi sebuah hantaran terkininya di Instagram.
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...