Sebagaimana kebanyakkan pengguna media sosial lainnya, penyanyi dan pelakon terkenal, Ayda Jebat juga tidak melepaskan peluang menyahut cabaran terkini, #UntilTomorrow.
Memuat naik beberapa keping foto serta video lamanya kira-kira enam tahun dulu, perkongsian penyanyi Better Than You ini nyata mencuit hati ramai, khasnya peminat bintang popular berkenaan.
“Aib! 2014 lagi Nah! #UntilTomorrowChallenge yang tidak tidak. Dengan takde suara sibuk nak nyanyi bunyi macam cerek dah panas.
“Macam Garfield pun ada. Aib! Jap tengah scroll lagi. Apa benda yang saya buat ni.
“Persoalannya : Tu kening ke lintah ya AJ?
Ads
“Awaa saia ta kuad. Muahciked! Legend!!! Haha!,” tulisnya pada satu entri.
Dalam pada itu, para peminat dilihat turut sama memberikan reaksi, terhibur dengan gelagat serta penampilan bintang ini pada zaman awal remajanya.
Dalam perkembangan lain, Ayda baru sahaja melancarkan lagu dan muzik video Duduk Diam Diam bersempena tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara ini sehingga 14 April depan.
Ceria, mudah terhibur dan sempoi. Itu yang boleh digambarkan terhadap keperibadian pelakon dan pengacara, Ain Edruce.
Bagaimanapun, figura tinggi lampai ini akui dirinya harus ‘mengawal’ diri dalam mengendalikan program realiti, Hero Remaja 2020.
“Saya diberikan kepercayaan oleh pihak produksi untuk menggalas tugas sebagai pengacara Hero Remaja 2020.
“Secara tidak langsung saya perlu ‘behave’ kerana program Hero Remaja merupakan satu program realiti matang.
“Orang mengenali saya dengan sikap yang ‘gila-gila’ dan masuk air, tetapi bagi mengendalikan program sebegini, saya tak boleh terlalu remaja dan terlalu matang sangat dalam mengendalikan program ini, jadi saya hanya bersifat sederhana, santai dan rileks,” katanya kepada MH.
Dalam masa sama, pelakon drama Camelia ini bersyukur kerana ini merupakan tugasan pertamanya bagi tahun 2020 selepas mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada Disember tahun lalu.
“Alhamdulillah, ini merupakan tugas pertama saya selepas bergelar isteri. Benarlah kata orang, rezeki selepas kahwin itu sentiasa terbuka luas.
“Malah, suami juga ada beri nasihat agar kawal diri semasa mengendalikan program realiti yang terdiri daripada 12 finalis yang kacak,” seloroh Ain.
Semakin hari netizen di media sosial mula menuding jari menyalahkan segelintir pihak atas dakwaan cuba menyebarkan wabak COVID-19 atas sikap sambil lewa.
Jelas Harith Iskander di laman Instagram miliknya, mengkritik seseorang yang mempunyai kepercayaan yang berbeza hanyalah memburukkan lagi keadaan.
Ulasnya, jangan menambahkan lagi masalah yang sedia memburuk, sebaliknya bersama-sama membantu mencari jalan penyelesaian.
“Mengkritik orang di media sosial yang mempunyai kepercayaan yang berbeza, yang anda percaya mengancam kehidupan anda tidak membantu situasi. Ia hanya menyebabkan perpecahan. Saya rasa bersalah.
“Akan cuba yang terbaik untuk tidak menambah masalah. Sebaliknya akan memberi cadangan
“Sebagai warganegara Malaysia, ya saya diselubungi rasa bersalah. Kadang kala isu ini kelihatan terlalu jelas namun kita tidak dapat menahan untuk memuat naik ejekan mengenai individu yang kelihatan berbeza daripada kita dan kelihatan mengancam kehidupan.
“Kadang kala sebagai pelawak, kami melakukannya untuk mencipta kontroversi (nyata ia menambah pengikut). Seperti kita mencucuk kayu kepada haiwan yang rasa terancam.
“Ia tidak akan membantu situasi. Jangan tambahkan masalah, cuba cari penyelesaian bermula sekarang,” kongsinya.
Netizen nyata bersetuju dengan pandangan bernas ini dan menyatakan sudah menjadi sifat manusia suka menyalahkan pihak lain.
Semoga masyarakat dapat bersatu memerangi wabak pandemik ini dan mendengar setiap arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tanpa sebarang provokasi kepada pihak tertentu.
Foto : Instagram Harith Iskander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres, Fasha atau nama lengkapnya, Nur Fasha Sandha Hassan ada memuat naik beberapa keping foto sekitar majlis pertunangan adik iparnya, Ikmal Aziz.
Sedondon mengenakan persalinan rona hijau bersama suami, Aidil Aziz, Fasha tampak berseri-seri apatah lagi dalam debaran menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama suami tercinta dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Bagaimanapun, salah satu fotonya yang turut menarik perhatian ialah gambar yang dirakam bersama mentua, Rokkiah Md Noor.
Menerusi Instagram, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu menyifatkan wanita berkenaan sebagai ibu mentua yang terbaik di dunia dan turut menyayanginya sepenuh hati.
“Terima kasih Allah diatas Ibu Mertua yang terbaik di Dunia. I love you Ibu (ibu takde instagram mahupun FB ),” tulis Fasha pada ruangan komen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, Fasha menerima beratus reaksi yang ditinggalkan netizen dan rata-rata daripada mereka mendoakan kebahagiaan buat bintang berusia 35 tahun itu sekeluarga.
Sementara itu, turut dilihat hadir memeriahkan majlis sama ialah dua permata hati tercintanya dari hasil perkahwinan terdahulu, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.
Beberapa minggu lalu, Fasha ada berkongsi momen indah apabila mengumumkan dirinya bakal bersalin bayi perempuan.
Meski dia mengambil masa untuk bercerita mengenai berita gembira tersebut atas apa yang berlaku sebelum ini, namun Fasha akhirnya memilih untuk berkongsi mengenainya dengan harapan semoga ia dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Posting yang dimuat naik itu setakat ini sudah pun ditonton lebih setengah juta kali.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.