Seperti biasalah, di bulan Ramadan pasti akan kelihatan posting-posting ala “done terawikh” di instagram dengan berpenampilan berkopiah, berkain pelikat dan bertelekung buat wanita.

Namun, ada sesetengah pihak yang langsung tidak selesa dengan perbuatan seperti ini kerana dikatakan sengaja menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan. Malah lebih teruk ada yang menyamakan ia dengan sebahagian daripada perasaan riak.

Gara-gara trend Ramadan ini, Janna Nick telah dikecam teruk oleh segelintir individu dan menganggap Janna sengaja ingin mendapat perhatian.

Sedar dengan apa yang terjadi, Janna Nick atau nama penuhnya Nurul Jannah binti Muner berdarah campuran Cina, Pakistan dan Thai ini menjelaskan niat sebenarnya.

IKLAN

Menurutnynya tiada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk seperti yang dikatakan dan menganggap netizen tidak berhak untuk menentukan keikhlasan seseorang.

Memberi keterangan pada mStar Online, Janna hanya memuat naik gambar seperti itu kerana beberapa sebab yang mungkin sesetengah orang tidak faham.

“Bukan niat saya untuk berlagak pandai atau nakmenyakitkan hati orang lain. Tindakan saya membalaskomen-komen itu untuk memberikan penjelasankepada mereka yang telah salah faham,” katanya.

IKLAN

Terdahulu Janna telah dihentam oleh netizen hanya kerana memuat naik sekeping gambar berlatar belakangkan pengarah serta pengacara Ketuk-Ketuk Ramadan, Shiela Rusli yang sedang kusyuk menunaikan solat.

IKLAN

Atas tindakan tersebut, ramai yang mengatakan Janna seolah tidak ikhlas dan hanya ingin menunjuk-nunjukkepada orang ramai.

Untuk mengelakkan salah faham, Janna menjelaskan sebenarnya ia hanyalah bertujuan untuk mempromosikan telekung yang dipakainya sahaja bukannya seperti apa yang diperkatakan.

Sumber : mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI