“Bersyukur Ada Kamu, Tak Kisah Gemuk Atau Kurus,”- Tunang Beby Tora Pertahan Hubungan Cinta, Bakal Zaujahnya…

Share

Instafamous Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pasangannya, Apit Johari minggu lalu.

Meski berita gembira itu dikongsikan gadis berusia 21 tahun itu, namun pada masa sama, ada juga netizen yang meninggalkan komen berbaur sindirian, menghina fizikal Tora.

Susulan itu, lelaki berkenaan tampil mempertahankan Tora dan menganggap Tora adalah gadis paling istimewa.

“Bersyukur ada kamu.. Gemuk atau kurus aku tak kisah.. Asalkan kamu dpt terima kekurangan aku.. krn bagiku kamu sudah terlalu cantik dan sempurna.

“Kerana aku memandangmu dgn mata hatiku.. kamu istimewa bagiku.. bakal zaujahku.. Insyallah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lalu, netizen memberikan komen positif kepada Apit kerana tidak memandang seseorang hanya dari luaran sahaja.

Apa-apa pun,tahniah buat Tora dan Apit.

Semoga kalian bakal disatukan sebagai suami isteri.

Foto : IG Apit Johari

IKLAN