Penyampai radio, Deen Hot FM berkongsi khabar duka apabila memaklumkan kandungan isterinya telah disahkan mengalami keguguran.
Perkhabaran sedih itu dikongsi oleh Deen atau nama sebenarnya Nordin Madian menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Jelas Deen, dia telah mambawa isterinya itu berjumpa dengan doktor pakar untuk membuat pemeriksaan setelah isterinya difahamkan ada mengalami masalah pendarahan pada Ahad.
“Hari jumaat hari tu sempat lari kejap beli hadiah hari ibu untuk @misswada tapi Allah sebaik-baik perancang.
Ads
“Ada ujian untuk kami. Semalam pergi klinik rupanya Wada miscarriage. Hari ibu yang bittersweet yet you still ada i dan Leia Zarra.
“We love you so much. Selamat berehat dan berpantang. You still the best mom in the world,” tulisnya.
Katanya lagi, dia akan tetap menyayangi isterinya itu walau apa sahaja rintangan yang berlaku.
Ads
Malah, Deen turut menyifatkan isterinya itu sebagai salah seorang ibu yang terbaik di dunia.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berkongsi rasa duka selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Deen dan juga Isterinya.
Ads
Terdahulu, Deen dan isterinya, Siti Nur Warda Aminuddin telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 2 Disember 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Leia Zarra.
Sumber: Instagram Deen Hot FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan qari, Fakhrul UNIC ada menjawab kemusykilan seorang individu yang bertanyakan mengenai manfaat membaca Al-Quran meski tidak mengetahui akan pengertiannya.
Jelas Fakhrul, membaca Al-Quran merupakan satu ibadah dan Allah S.W.T tetap memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa sahaja yang melakukannya meski pun dia tidak faham akan maksud di sebalik bacaannya itu.
Katanya lagi, Al-Quran merupakan hadiah terindah daripada Allah S.W.T untuk umatnya memperbanyakkan amalan.
“Quran ni power dia walau tak faham pun baca je dia dah kira ibadah. Setiap huruf ada pahala 10 pulak tu. Kalau baca dan faham lagi la bagus. Allah, sangat pemurahnya Allah ni.
“Dia tau kita ni lemah, malas nak ibadah lama-lama macam umat dahulu tak mampu kita,” tulisnya.
Penjelasan tesebut dibuat oleh pengacara program Geng Ngaji itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Fakhrul yang juga merupakan anggota kumpulan nasyid, UNIC turut menyeru agar seluruh umat Islam dapat memanfaatkan 10 malam terkahir Ramadan ini dengan memperbanyakkan ibadah.
“Allah sayang kita umat Muhammad saw dia bagi kita peluang macam-macam sebab nak bebaskan kita dari neraka. Dia bagi Quran, dia bagi Ramadan.
“Tak dak pada bulan lain, dia bagi malam alqadr, amalan sama saja tapi pahala macam 1000 bulan. Takdak pada umat lain. Exclusive umat Muhammad saw. Takkan takmau?,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga kita semua dapat bertemu dengan malam lailatul qadar.
Terdahulu, program Geng Ngaji yang dihoskan oleh Fakhrul, Ustaz Tarmizi Abd Rahman dan Farhatul Faizurah boleh ditonton di sepanjang bulan Ramadan ini bermula jam 6 petang sehingga 7.15 malam di saluran Astro Oasis dan Oasis HD
Sumber: Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Achey bergegas ke lokasi apabila dimaklumkan sebuah lori yang membawa muatan produk wangian, SugarBomb yang dianggarkan bernilai RM100,000 terbalik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara menghala ke ibu negara, beberapa hari lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, difahamkan lori satu tan bersama pemandu dan kelendan dalam perjalanan dari Bukit Raja, Klang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebelum salah satu tayar belakang kenderaan itu meletup.
Bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku, sebaliknya ribuan produk berterabur dan pecah atas jalan raya.
Malah, video sekitar kemalangan telah dimuat naik Achey menerusi Instagram sehingga mencetuskan tular apabila ditonton hampir 700,000 kali.
Meninjau ke ruangan komen pada entri terbabit, ramaimendoakan yang baik-baik dan tidak kurang memuji keprihatinan bintang itu yang turun ke lokasi kemalangan untuk meninjau situasi meski trafik pada ketika itu agak sesak.
Selaku duta kepada SugarBomb, Achey berkata, atas dasar tanggungjawab, dia tidak kisah meninggalkan komitmen lain apabila mengetahui lori yang membawa muatan produk tersebut terlibat nahas.
“Sehari sebelum kemalangan, satu kontena produk SugarBomb terbakar di Sarawak, ia disusuli pula dengan kejadian ini. Syarikat SugarBomb tentulah mengalami kerugian besar, namun hal tersebut juga disifatkan sebagai ujian bulan Ramadan.
“Saya memuat naik video kemalangan bukannya sengaja mahu menarik perhatian, sebaliknya saya memerlukan doa orang ramai. Bagaimanapun, saya tidak menyangka video berkenaan tular.
“Saya sendiri terkejut apabila tiba ke lokasi kemalangan, produk berterabur dan bau harum semerbak atas jalan raya. Tidak dinafikan, banyak produk pecah dan rosak, tetapi masih ada yang boleh diselamatkan,” katanya.
Achey pada masa sama turut menjelaskan, dia tidak mahu sekadar bergelar duta yang hanya menunggu imbuhan setiap bulan. Selagi ada masalah melibatkan jenama itu, dia cuba membantu apa yang termampu.
“Memang saya tak mampu nak hulur duit bantu ganti rugi, tetapi saya percaya, sokongan dan semangat perlu diberikan dalam keadaan ditimpa musibah.
“Saya sanggup menaiki motosikal bersama isteri dan anak bergegas ke lokasi kejadian. Sebab saya tahu, jalan raya pasti sesak apabila lori terbalik. Memang betul tekaan saya, jalan raya sesak dan petugas SugarBomb bertungkus lumus mengutip produk yang berterabur atas jalan raya,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal berkata, lori yang membawa muatan barangan dalam perjalanan ke PWTC untuk menghantar produk wangian badan, penyegar udara dan wangian rumah bagi satu acara yang dijadual berlangsung, keesokannya.
“Kami bersyukur pemandu dan kelendan lori tidak mengalami kecederaan, biarpun sebahagian produk rosak dan bertaburan atas jalan raya.
“Agak malang apabila tayar belakang lori meletup hingga menyebabkan pemandu hilang kawalan, sebelum terbalik di lorong kanan. Acara disertai tetap diteruskan, produk rosak terpaksa digantikan dengan yang lain,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.