Melakonkan watak isteri yang dicurangi dalam drama terbaharu, Curang Tanpa Niat tidak menggugat kepercayaan pelakon Mira Filzah terhadap suaminya iaitu Wan Emir Astar.
Menurut Mira, sebagai palakon berpengalaman, dia masih mampu mengawal emosi dan tidak terbawa dengan perasaan sehingga ke rumah.
“Sejujurnya, secara peribadi, saya tahu perkahwinan saya macam mana. Jadi, saya tidak mencampurkan antara urusan kerja dan peribadi.
“Setakat ini, tidak pernah timbul sebarang rasa yang tidak selesa di dalam diri selepas berlakon drama ini.
“Suami pun tahu tentang watak saya ini. Malah, dia juga sangat menyokong,” katanya kepada MH.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Curang Tanpa Niat, baru-baru ini.
Drama ini mengisah tentang konflik yang perlu dihadapi oleh isteri apabila suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja atau bahasa modennya dipanggil ‘office wife’.
Ads
Ditanya mengenai tindak tanduk yang boleh dianggap sebagai curang, Mira menyifatkan setiap pasangan mempunyai perspektif yang berbeza.
“Perkara ini sangat susah untuk dijelaskan. Mungkin bagi segelintir pihak, perbuatan ‘A’ ini boleh dianggap curang. Bagi orang lain, mungkin tidak.
“Jadi, untuk saya menghuraikan tindakan manakah yang betul atau salah, itu agak susah.
“Bila bercakap soal hubungan perkahwinan, komunikasi diantara suami dan isteri memang sangat penting. Ada pasangan yang memang ‘chill’, relax dan okay dengan segala hal.
Ads
“Namun, ada juga pasangan yang sangat menjaga setiap tindak tanduk,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Mira turut berpandangan setiap pasangan suami isteri harus menjaga batas pergaulan agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
“Sebagai individu yang sudah berkahwin, kita memang kena menjaga batas pergaulan. Itu hal yang paling penting. Bila sudah berkahwin, status kita pun sudah berubah daripada cik ke puan.
Ads
“Ditambah pula bila kita punyai anak. Tanggungjawab itu sangat berat,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Mira turut mendedahkan dia dan suami akan sentiasa berkomunikasi untuk berbincang tental segala hal dalam rumah tangga.
“Kami memang meletakkan kepercayaan diantara satu sama lain. Kami juga sentiasa berkomunikasi. Kami berbincang tentang apa yang boleh dan tidak boleh,” akhirinya.
Terdahulu, drama Curang Tanpa Niat bakal bersiaran bermula 23 Disember depan di saluran Astro Ria dan platform penstriman Astro Go dan sooka.
Selain Mira, drama arahan pengarah Eyra Rahman ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Sharifah Sakinah, Evertts Gomes dan Azqa Aziz.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pengarah muzik, Datuk Ramli MS ada memuat naik sepotong video lucu yang memaparkan telatah hos, Nabil Ahmad dan Jihan Musa mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.
Video lucu tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah isterinya sendiri, Datin Alyah.
Bagaimanapun, di ruangan komen, Alyah dilihat seakan-akan meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya itu gara-gara keengganannya menyambut majlis hari lahir bersama di rumah.
“Macam ni lah yang dia suka. Sambutan birthday macam ni lah yang dia nak. Kalau kita buat bacakan Quran dekat rumah dia panas duduk sekejap dah keluar main snooker,” tulisnya.
Jika diambil menerusi apa yang ditulis penyanyi itu, dia seakan-akan kecewa kerana sambutan hari lahir sebegitu yang suaminya mahukan.
Malah, Tok Ram didakwa lebih gemar keluar rumah dan seterusnya pergi bermain snooker.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai terhadap kenyataan Alyah itu.
Ada yang bersimpati dan ada juga yang tidak bersetuju kerana menyifatkan penyanyi tersebut seperti membuka aib suaminya.
Bagi MH, mungkin ada berlaku salah faham diantara pasangan ini. Apa-apa pun, MH doakan semoga perkara ini tidak dibiarkan berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
Foto: Instagram Datuk Ramli MS
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Lantas, gambar tersebut telah membuatkan pelakon berusia 27 tahun itu menerima sindiran daripada netizen.
Rata-rata netizen telah meluahkan rasa rindu untuk melihat pelakon itu kembali memakai hijab.
Alahai netizen pun, tidak bagus untuk kita berkata perkara yang tidak baik dan menyindir orang lain. Alangkah baiknya kita berkata yang baik baik sahaja.
Apa-apa pun, kita doakan yang baik baik sahaja untuk Uqasha.
Foto : Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pelakon Pekin Ibrahim, Mona Allen kini sah bergelar isteri Pekin pada 7 Disember lalu.
Memiliki raut wajah bak bujur sirih, Mona Allen kelihatan masih lagi berseri sebagai pengantin baru saat bergelar raja sehari.
Jadi, jom MH senaraikan trivia menarik mengenainya.
1. Monna atau nama sebenarnya ialah Munna Hafiraneza Allen.
2. Berusia 33 tahun dan berasal dari Samarahan, Sarawak.
3. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris.
4. Pernah menjadi host bagi rancangan popular Sinaran Paspport Kegemilangan (2000). Ketika itu, Monna berusia 15 tahun.
5. Pernah muncul dalam iklan komersial Celcom sekitar tahun 90-an dengan menggunakan tag line “Awak Nampak Birulah”.
6. Pernah menghiasi televisyen menerusi drama seperti Monalisa, Mr Donat Karamel, Cik Serba Tahu dan Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah.
7. Namanya tidak pernah ‘tercalar’ kerana mahu menjaga imej sebagai seorang anak seni yang profesional dan matang.
8. Isteri kepada Pekin Ibrahim. Mereka sah bergelar suami isteri pada 7 Disember lalu dengan mengadakan majlis respesi secara sederhana dan tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
9. Busana pengantin serba putih yang simple tapi cantik.
10. Timbulnya bibit percintaan bersama Pekin ketika menjalani pengambaran di set drama Monalisa.
Foto : IG Mona Allen, Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Namanya dahulu pernah menjadi tular gara-gara video menangis ditinggalkan kekasih yang dimuat turun memberi impak cukup luar biasa pada dirinya. Namun, sebenarnya ia adalah...