“Berkurun Dan Berjanggut Rasanya..,”- Genap 30 Hari, Shakilla & Fizi Bakal Dedah Wajah Anak

Share

Tidak seperti sesetengah ibu bapa lain yang terus berkongsi wajah sebaik sahaja lahir ke dunia, pasangan selebriti Shakilla Khoriri dan Fizi Ali pula ada cara tersendiri.

Menurut Shakilla, dia akan mendedahkan wajah puteri sulungnya, Ameena Sofia apabila genap 30 hari (14 April depan).

“Dalam rasa berkurun dan berjanggut rasa nak habiskan 30 hari, Pejam celik dah nak dekat 30 hari dah.

“Insyallah perjanjian 30 hari selepas Ameena dilahirkan baru Umi & Daddy akan reveal and post gambar Ameena sejenis proper.

“Penat lah nak jawab makcik pakcik yang sibuk mengata Umi.

“Tak..Tak hebat pun anak saya ni untuk disorokkan muka sebelum umur 30 hari.
Umi & Daddy ada alasan sendiri KENAPA.

“Umi & Daddy pun excited and tak sabar nak share every moments Ameena.
dan sebab tu jugak wujud account Ameena Sofia ni sebab selain Umi & Daddy kalau rindu2 boleh tengok Video and gambar kat sini , boleh jugak Umi & daddy share banyak perkara dengan Mommy & Daddy kat luar tu.,” tulisnya. 

Ameena yang kini mempunyai hampir 30,000 pengikut di Instagram, tidak mendedahkan wajah penuhnya, sebaliknya hanya gambar diambil dari sisi sahaja.

Untuk rekod, Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata sulung, Ameena Sofia yang dilahirkan seberat 3.7kg.

Foto : IG Shakilla

IKLAN