Berjambang Atau Tidak, Zul Ariffin Tetap Kacak

Terdahulu, peminat kepada pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin telah menyahaktifkan akaun Instagramnya pada awal Julai lalu selama beberapa minggu menyebabkan peminat hampa tidak dapat mengetahui perkembangan aktor kacak itu di media sosial.

Namun, Zul dikatakan mahu berehat dan kini nampaknya Zul telah aktifkan kembali akaunnya.

Dalam pada itu, Zul nampaknya sedang mempromosikan filem lakonannya yang terbaru di Instagram miliknya.

Bercakap mengenai filem terbaru, Zul bakal bertemu peminat dalam filem terbarunya, Tombiruo: Penunggu Rimba sebuah karya arahan bersama Nasir Jani dan Seth Larney.

Zul diamanahkan membawa watak Ejim atau Tombiruo, iaitu penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan Keningau.

Wataknya bukanlah sebagai hantu tetapi wira yang tidak berwajah manusia. Dia cuba berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.

IKLAN

Nampaknya demi menjayakan karakter Tombiruo, Zul sanggup mengubah penjagaan badan dan tampil dengan imej yang baru.

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Zul, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan imej terbarunya. Berjambang lebat dan badanya sedikit susut, tidak kekar seperti dahulu.

Menurut portal Sinar Harian, sebelum memulakan penggambaran, berat badannya 92 kilogram (kg). Kemudian pihak produksi ada memintanya untuk turunkan berat badan.

Tambah Zul, ikutkan logik mana ada lelaki yang tingal di dalam hutan ada badan yang begitu kekar.

“Don’t hate me because i’m BEARDiful,” tulis Zul pada gambar tersebut.

Ruangan komen di instagram Zul juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dengan penampilan baru Zul dan meninggalkan ribuan komen pada gambar tersebut.

IKLAN

Perkongsian itu telah menerima lebih daripada 26,000 likes. Rata-rata pengikutnya berkata berjambang atau tidak, Zul tetap kacak.

Ada juga berseleroh berkata lagikan kucing bebulu satu badan tu kami gemooo, ni kan pula zul bebulu ciput situ! Tak hate bro! Kami suka bro!.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]