Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin mengakui mahu terus diberikan hidayah dengan kekal mengenakan tudung, sejak pulang mengerjakan umrah bersama suaminya, Shuib pada 26 Mei lalu.

Menurutnya, keputusan untuk berhijab bukanlah atas desakan mana-mana pihak, sebaliknya ia hadir daripada hati dan niat ikhlas.

“Saya tidak fikir panjang untuk kekal dengan penampilan sedemikian (bertudung). Pulang saja dari mengerjakan umrah selama dua minggu, saya terus tekad, mahu kenakan turban atau tudung. Pada masa sama, cuba belajar untuk menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. 

 

“Bagaimanapun saya percaya, sepanjang proses ini, akan hadir 1001 dugaan dan cabaran yang mendatang. Jadi saya mengharapkan doa yang baik-baik daripada peminat, InsyaAllah,”katanya kepada MH.

Terdahulu, penyanyi lagu Kesetiaan ini pernah diajukan persoalan sama sejurus pulang ke tanah air sama ada mahu kekal bertudung atau pun sebaliknya.

IKLAN

“Beri Ruang Saya Berubah Perlahan-lahan,” – Sarah Raisuddin Mohon Diberikan Hidayah Kekal Bertudung

IKLAN

“Baik buruk datangnya daripada Allah dan setiap kelakuan kita akan berbalik kepadaNya jua. Terus-terang, beri ruang saya berubah perlahan-lahan” kongsi Sarah sebagai reaksi bagi mengulas pujian peminat di media sosial berhubung penampilannya sejurus mengerjakan umrah.

Dalam perkembangan lain, Sarah juga sedang giat melakukan latihan intensif sebagai persediaan membuat persembahan secara ekskusif, Siti Sarah Showcase 6 Julai depan di Dewan Tengku Abdul Rahman, Matic, Kuala Lumpur dengan kerjasama Indigital Sdn Bhd & MRS Production.

IKLAN

“Menakutkan…takut bukan kerana apa, tetapi saya ‘takut’ untuk memberikan yang terbaik buat peminat setia yang hadir. Ini satu peluang besar buat saya memberikan persembahan teristimewa buat mereka. Doakan semuanya dipermudahkan,” terang Sarah yang bakal mendendangkan lebih 20 lagu hitsnya pada malam itu nanti.

 

“Setiap satu lagu yang saya pilih, semuanya ada kisah sendiri. Betapa dekat dan istimewanya persembahan itu nanti buat semua yang hadir. InsyaAllah kita sama-sama berhibur dan mengisi masa bersama. Cuma belum pasti nak pakai apa nanti. Kena pakai sesuatu yang selesa untuk mudah bergerak,” seloroh Sarah. 

Bagi peminat Sarah, anda boleh menghubungi hotline 017-7603221 atau 03-77320244

Foto: Instagram Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI