Sebelum ini MH ada berkongsi dengan korang tentang pelakon dan penyanyi, Izzue Islam menolong anak anjing keluar daripada longkang.

Kali ini, sekali lagi MH terlihat perkongsian Izzue di Instagramnya memberi makanan kepada anjing terbiar.

Menurut kapsyenya, Izzue hanya meminta haiwan tersebut mendoakan dia dan isterinya murah rezeki.

“ceritanya pagi tadi puppy ni dok ngiau2 lapar, jadi aku pi beli makanan anjing & bagi kat anak2 anjing ni. Sudahnya mak dia pon makan haha ? Harap puppy ni doakan aku & awin murah rezeki. aminn ??? (tapi rasanya sekor lagi puppy macam sakit kaki ke patah kaki ke aku tak pasti, tgh memikir ni mcm mn nk bawak diorang ni pegi klinik. hurmm ?),” tulis Izzue.

Mulis sungguh hati Izzue membantu haiwan yang dalam keadaan lapar ini.

IKLAN

Rata-rata peminat dan pengikut Izzue juga turut kagum dengan Izzue dan memberikan beberapa cadangan untuk membantu salah seekor anjing yang sedang untuk dibawa ke klinik.

amzah2000: Terharu tengok..semoga di murahkan rezeki abg @izzueislam

IKLAN

s___n_____: Mintak tolong jiran.. Utk bawak puppy tuh ke klinik

dayangku_siti91: berbakti pada binatang,bnyak pahalanya..moga awak murah rezeki @izzueislam dan isteri @awinnurin

IKLAN

nursufiaraisha_: Maybe boleh umpan anjing tu masuk dlm sangkar

MH doakan semoga segala urusan Izzue untuk membawa anjing tersebut ke klinik dipermudahkan.

Apapun MH puji sikap prihatin Izzue terhadap binatang dan sifat sebegini harus diterapkan dalam diri setiap manusia.

Sumber: Instagram Izzue Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI