Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin mendedahkan, dia dan suami mempunyai cara tersendiri di dalam mencapai kata sepakat andai mereka dirinya masa untuk berlakon menerusi sesebuah drama.

Katanya, dia hanya akan berani untuk mengambil tawaran lakonan sekiranya punya masa senggang dan mendapat keizinan penuh daripada suaminya, Fadzil Zahari.

“Nak dikatakan tidak langsung muncul di kaca televisyen, sebenarnya tawaran itu ada. Malah saya sendiri baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama sempena Syawal nanti berjudul Lamaran Perfect. Drama tersebut bakal ditayangkan di Astro Ria dan turut sama beraksi di dalam drama terbabit ialah Eidil Putra. 

 

“Itulah sekarang pun saya sibuk dalam program The Wow Shop sejak tahun lalu. Jadi apabila mengendalikan program secara langsung, ia memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Oleh sebab itulah, saya kurangkan aktiviti berlakon. Malah, kalau berlakon saya memang perlukan ruang untuk menghayati watak,” katanya jujur kepada MH.

Beri Kredit Pada Suami, Yana Samsudin Hanya Akan Berani Ambil Tawaran Berlakon Jika…

IKLAN

Kongsinya lagi, dia memberi kredit buat suami dan pembantu kerana memahami tugasnya sebagai pelakon kerana andai dia sedang terlibat di dalam mana-mana drama dia meminta supaya diberika ruang dan tidak mahu diganggu.

IKLAN

“Saya tanya suami, kalau betul dia izin, dia perlu diberikan dua minggu untuk fokus, menghayati watak. Jadi sebab itulah saya mahu berikan kredit buatnya serta pembantu kerana banyak beri support dan kerjasama sepanjang berlakon.

 

“Mereka memahami dan memberi ruang,” akui Yana yang kini turut ligat berniaga tudung di bawah labelnya, Ayana Hijab.

Terdahulu, pelakon Adnan Sempit ini ditemui sejurus selesai sidang media Mood Republik di Hotel Seri Pacific, baru-baru ini.

IKLAN

Foto: Instagram Yana Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI