Tidak mengharap dengan gelaran juara, berada sebagai peserta akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6) sudah cukup memuaskan hati Sham Visa.
Jelasnya kepada media, sudah ‘terlepas’ segala beban selepas 11 minggu berentap meski dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.
Luah penyanyi dengan nama Rohisham Hashim ini lagi, dia akan berehat selama enam bulan daripada sebarang aktiviti nyanyian demi memulihkan kecederaan peti suara.
Pada masa sama, bapa kepada dua cahaya mata ini turut mendedahkan terpaksa menggunakan steroid atas nasihat doktor untuk rawatan kepada sakit yang dialami.
“Lega rasanya dapat memenuhi KPI yang ditetapkan pihak pengurusan untuk berada di peringkat akhir.
“Saya tahu saya tidak menepati kriteria, namun beri saya enam bulan dan saya akan kembali dengan lebih baik.
Ads
“Saya perlu merawat dahulu masalah Chronic Laryngitis atau kecederaan teruk pada peti suara. Buat masa ini sudah lima minggu saya bergantung kepada steroid.
“Saya akan mendapatkan nasihat doktor sama ada perlu teruskan penggunaan steroid, namun keperluan utama ialah untuk memulihkan peti suara.
“Ia untuk kebaikan ‘instrumen’ supaya saya masih boleh menyanyi dan menggunakan setidak-tidaknya tiga hingga empat tahun lagi sebagai penyanyi.
Ads
“Saya kena bergantung dengan steroid supaya peti suara terus kekal mengeluarkan bunyi walau tidak sempurna. Buat masa sekarang, tugas saya di GV telah selesai dan mungkin saya akan berhenti menggunakannya, ia tidak elok untuk jangka masa yang lama.
“Saya akan membuat latihan vocal secara manual untuk kembalikan kekuatan. Saya telah lama tidak menyanyi dan vocal cord saya sangat lemah,” jelasnya padat.
Tegas penyanyi berusia 48 tahun ini lagi, imej yang dibawa tidak pernah sesekali meniru watak adiwira Marvel, Iron Man, sebaliknya apa yang ditonjolkan merupakan dirinya yang sebenar.
“Sebenarnya ini bukan imej Iron Man. Rupa ini rupa saya dan tidak dibuat-buat. Bukan mahu meniru dan langsung tiada niat. Namun saya dilabel oleh orang yang melihat dan saya tidak pernah merasa begitu.
“Saya akan terus menjadi diri sendiri dengan seadanya,” katanya lagi.
GV6 menyaksikan Naqiu dan Hady Mirza diangkat menjadi juara dengan jumlah markah yang sama.
Sementara Jatt menduduki tempat ketiga, Nurfatima di kedudukan keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semangat tahun baru 2020 pastinya akan lebih bermakna jika hujung tahun diisi dengan pelbagai aktiviti menarik yang meninggalkan momen bermakna, misalnya cuti-cuti sambil ‘merasa’ seperti berada di lokasi penggambaran filem mega!
Nak rasai pengalaman seperti berada dalam situasi filem sebenar dengan harga yang jimat dengan harga promosi? Ini dia aplikasi yang kami syorkan; KLOOK.
Ia bukan hanya ada pelbagai kemudahan, tetapi juga ia turut menawarkan lokasi percutian lainnya, misalnya di taman tema atau animasi popular.
Bagi si kaki travel, sudah pasti aplikasi ini ada dalam telefon pintar masing-masing. Betul tak?
Train To Busan Horror House
Menerusi Klook, harga semasa tiket masuk yang ditawarkan ialah RM75 berbanding RM99 sebelum ini.*
Wow! Ramai betul yang memberikan respon teruja dengan tarikan sementara di Genting Highlands ini. Bagi peminat tegar filem Korea Selatan Train To Busan, alami adventure serta feeling yang sama dengan gambaran Virtual Reality (360 VR) apabila memasuki‘train penuh penghuni zombie’ ini.
Yang penting, sambutan hangat hasil re-run filem tersebut menerusi kaca TV dan permainan online telah meyakinkan Resort World Genting untuk membuka tarikan terkininya, yang diinspirasikan daripada filem fenomena tersebut. Ia bakal berakhir pada 1 Januari depan. Rebutlah peluang sebelum terlepas!
Universal Studio Singapura
Menerusi Klook, harga semasa tiket masuk yang ditawarkan ialah RM230.49 berbanding RM242.79 sebelum ini.*
Tarikan yang pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja buat pencinta filem apabila Universal Studio Singapura juga turut tersenarai sebagai antara lokasi aktiviti percutian yang menawarkan harga menjimatkan.
Menawarkan lebih 20 tarikan jenama seperti mana yang boleh ditonton di dalam filem, alami juga keterujaan apabila menaiki roller coasters, Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYCLON yang mendebarkan.
Anda peminat filem Dinasour? Apa kata rasai pengalaman Jurassic Park Rapids Adventure, Madagascar: A Crate Adventure, and Transformers: The Ride 3D misalnya.
Yang penting bersama Klook juga, anda boleh mengikuti servis shuttle percuma ke Resorts World Sentosa hanya dengan pamerkan e-tiket Universal Studios Singapura daripada aplikasi Klook. Mudah bukan?
Legoland Malaysia
Menerusi Klook, harga semasa tiket masuk yang ditawarkan ialah RM71 berbanding RM89 sebelum ini.*
Siapa yang masih lagi ingat dengan filem francais, Lego The Movie? Kalau anda salah seorang pengikut tegar filem animasi yang sequelnya telah ditayangkan Februari lalu itu, jom isi masa teroka pelbagai aktiviti menarik di dalam sebuah kawasan yang penuh dengan kepelbagaian lego yang unik.
Terletak di kawasan Iskandar Puteri, Johor, Legoland dibuka kepada umum sejak 2012 lalu, memiliki lebih 40 fasaliti yang boleh anda terokai di samping tarikan terkininya, tayangan filem empat dimensi (4D) menerusi ‘Lego City: Officer in Pursuit’.
Ia secara tak langsung memberi pengalaman hebat dengan kesan 4D seperti pecahan gelembung buih, angin yang kuat, percikan air dan asap buatan yang realisitk.
Itu antara promosi menarik yang ada dan jangan tak tahu, Klook menawarkan lebih 100,000 tempahan aktiviti di lokasi tarikan perlancongan selain turut menyediakan perkhidmatan tempahan hotel, tiket masuk persembahan, taman tema, makanan dan minuman, pas pengangkutan, Kad Sim, WiFi dan banyak lagi di 350 destinasi!
Akses sajalah Klook dan apabila anda sudah buat tempahan, ini dia kelebihan lainnya yang bakal anda perolehi;
Mampu buat penilaian menerusi jutaan reviu pengguna terdahulu
Anda dan rakan-rakan mampu untuk membuat penilaian serta justifikasi sendiri apabila meneliti lebih 5 juta reviu yang diberikan oleh pembeli sebelum ini untuk lebih keyakinan. Tak perlu ada rasa sangsi nak bercuti!
Jimatkan masa anda dan rakan-rakan, tak perlu beratur panjang!
Jimatkan masa kerana anda tidak perlu beratur kerana ada tempahan yang sudah dibuat di telefon pintar sebagai e-Tiket selepas muat naik di aplikasi Klook. Dalam erti kata lain boleh ‘skip-the-queue privileges’. Paling menarik, harga tiket pun lebih murah dan dapat diskaun!
Pengesahan serta-merta bersama servis terbaik
Urusan tempahan dan pengesahan pembelian diproses pada hari sama, membuatkan urusan lebih praktikal dan cepat. Ia beroperasi selama 24 jam dan tidak jadi masalah buat anda untuk akses. Pada nasa sama, Klook juga boleh digunakan dalam 41 matawang pelbagai negara dan memiliki kaedah pembayaran yang fleksibel.
PROMOSI AKHIR TAHUN 2019, Boleh Raih Diskaun Hingga RM350!
Nah, ini pula promosi terbesar ‘The Biggest Xmas Sale of the Year’, yang tentunya lebih berbaloi. Jom pakat rebut promosi bermula sekarang hingga 31 Disember depan hanya dengan #JustKlookIt bagi menikmati diskaun sehingga RM350.
Malah, diskaun RM100 turut diberikan dengan pembelian mininum RM1,000 menggunakan kod promo KLOOKIT100 selain diskaun sehingga RM250 diberikan dengan pembelian mininum RM1,500 dengan apkikasi mobile Klook di IOS atau Android menggunakan kod promo KLOOKIT250.
Klook merupakan sebuah platform digital yang memberi servis menempah aktiviti dan perkhidmatan pelancongan terkemuka dunia yang sekali gus, ia memudahkan pengembaraan percutian semua orang. *Harga tawaran mungkin boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut mengikut situasi.
Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menyatakan rasa kesal dan sedih atas tindakan sesetegah pihak yang masih galak mengutuk serta mengkritik fizikal seseorang.
Terpanggil untuk memberikan reaksi terhadap pengalaman yang pernah terjadi kepada rakan penyanyi, Siti Nordiana yang pernah diminta untuk membetulkan gigi, penyanyi Semakin ini juga turut berdepan hal lebih kurang sama, iaitu masih ada yang memberi reaksi tidak sedap didengar mengenai bentuk hidungnya.
Maklumnya di Instagram, kritikan tersebut sudah sering didengari sejak lebih 30 tahun lalu.
”Tadi tengah scroll ig, ternampak @sitinordiana bercakap pasal body shaming, di ig @mediahiburan ..n ada yg bercakp pasal berat badan dan gigi die.. sarah sebenarnya dari kecil sampai hari ni masih menghadapi masaalah yg sama iaitu org pandang jijik mengenai bentuk hidung saya.
”I dont know how to tell thm off!! jauh di sudut hati SAYA DAH TAK BOLEH HADAM bende ni sebab saya pun HADAP bende ni selama lebih dari 30 tahun.
”Over and over again saya dok denga bende yg sama pasal HIDUNG HIDUNG DAN HIDUNG… nak say tuka hidung ke baru tak hina saya?? bagi tau dengan saya macam mana nak buat sebab,” tulisnya.
Isteri kepada Shuib Sepahtu ini juga turut bertanya apakah yang perlu dilakukan bagi memuaskan hati semua pihak.
“Allah bagi bagi saya hidung ni .. what should i do? Cry? Awak puas hati ke bila awak kutuk org? Kalau awak berada ditempat saya , mungkin sekarang awak dah ada dalm wad gila!! FYI segala kutukkan awak pasal HIDUNG saya, satu keluarga saya baca suami dan anak2! Do u KNOW THAT ???
”Org sekarang ni dah terlalu teruk bab2 mengutuk fizikal org .. Terlalu ramai org yg macam saya diluar sana menderita sebab kene kutuk dengan org yg macam ni… korang je yg tak tau. Ada manusia sekrg yang hitam hati dia, kutuk yang bukan-bukan pasal orgg,” tulis Sarah panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat termasuk selebriti memberikan kata semangat buat ibu kepada tiga cahaya mata ini supaya terus kuat dan usah mendengar hal remeh yang boleh mendatangkan mudarat.
Foto: Instagram Sarah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanggal 14 Mac lalu merupakan tarikh bermakna buat pelakon, Shakilla Khoriri yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung, Ameena Sofia seberat 3.7kilogram secara pembedahan.
Dalam pada itu, Shakilla akui bahawa sedikit tertekan dengan tugasan sebagai seorang isteri dan ibu kerana mahukan yang sempurna buat keluarga tercinta.
Sekali gus, wanita berusia 30 tahun itu menegaskan para suami perlu membantu bagi meringankan beban si isteri.
“Stress tak kalau kau sebagai EMAK kena settlekan dari A sampai Z dalam rumah tangga. YES ! memang kerja dan tanggungjawab kau sebagai ISTERI & EMAK tapi kau bukan robot.
“SUAMI …….mohon TERbaca caption ni.Sayangi lah ISTERI. Bantu. Kalau kau tak ada rasa sayang KESIAN lah.
“Kerja kau tak sepenat KERJA isteri besarkan anak dan settlekan rumah walaupun kau rasa rumah tu tak nampak bersiap sangat tapi percayalah kerja isteri kau tak ada REST. Tengok phone pun tak SEPUAS sebelum ada anak,” tulisnya.
Malah, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu turut menegaskan bahawa sebaiknya si suami perlu elakkan diri daripada gadjet dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak.
“Suami, kau jangan seronok sangat main game sampai kau bosan. Jangan seronok sangat tengok TV sampai berpinar mata. BANTU, kau bukan kawin dengan MAID. Anak tu bukan anak jiran sebelah rumah.
“TEPUK besar untuk suami yang sama2 bantu ringan beban kau. Buat kau rasa seorang ISTERI dan IBU yang dihargai. Tag suami awak sikit. Lepas tu cium dahi satu kali,” akhiri Shakilla sambil disertakan tanda nama (tag) suaminya, Fizi.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.