“Bercampur Macam Perut Lembu Dalam Kotak,” – Vida Tunjuk Bersusun Tudung Mewah, Pilih-Pilih Nak Bagi Hadiah!

Share

Perkongsian satu hantaran video menerusi Instagram usahawan Datuk Seri Vida baru-baru ini ‘memancing’ mata netizen yang menonton.

Masakan tidak, pengasas kosmetik yang pernah muncul dengan beberapa buah single itu selongkar koleksi tudung yang terdiri daripada pelbagai jenama khusus untuk diberikan kepada pembeli produknya yang terpilih.

Menurut Vida, dia bermurah hati untuk menghadiahkan 200 helai tudung.

“Semalam sebanyak 100 helai tudung saya hadiahkan kepada yang dapatkan Perfume Aura DSV. Untunglah siapa yang bertuah tu.

“Malam ni saya nak Buka Round 2. 100 Helai lagi akan dihadiahkan walaupun saya sayang sangat tapi nak buat macam mana. Rasa berdosa tak pakai,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sambil selongkar, Vida sempat berceloteh kerana menyiapkan persalinannya yang perlu senada setiap kali menghadiri tugasan di luar kawasan.

“Kalau saya outstation saya memang stres gila sebab nak cari semua yang ‘matching’. Sebab itu semua warna, rekaan tudung saya beli. Tapi masa nak punggah tu azabnya.

“Saya nak ke Kuala Lumpur tiga hari. Jadinya tudung yang saya kena bawa pun kena ‘matching’ dengan baju. Tapi bila banyak tudung… macam berdosa pun ya. Macam mana nak bagitu,” katanya.

Menurut Vida lagi, ada tudung yang dibelinya sejak sekian lama belum pun dipakai.

“Saya ni sebenarnya gemarkan tudung. Ibarat kata macam-macam jenis tudung saya suka beli, suka buat sebagai selimut, buat tengok TV. Ini tudung Dior, RM7,000.

“Dia bercampur macam perut lembu dalam kotak. Ada yang dah macam perut lembu dalam ni (almari). Saya pun tak tahu mana yang murah dan mahal, tapi kita pilih secara rawak hadiahkan tudung saya ni,” katanya lagi.

Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 80,000 kali beserta beratus komen yang ditinggalkan netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN