Juara Lawak Solo, Daniel kini mengakui berat badannya kini naik dengan mendadak daripada 68kg kepada 92kg.

Daniel berkata dia sudah mula berasa tidak selesa dengan badannya yang kini semakin membesar dan dia juga cepat berasa letih.

“Waktu sertai lawak solo, berat saya adalah 68kg tetapi sekarang memang saya akui naik mendadak sehingga 92kg,” ujarnya.

Menurut Daniel, berat mula naik semenjak dia menjadi penyampai radio ERA dan kurang bergerak menyebabkan berat badan naik dengan mendadak.

Berat Naik 24kg, Daniel Lawak Solo Tak Selesa Baju Sendat

IKLAN

“Kalau dulu saya bekerja sebagai jurukamera memang sangat aktif. Perlu ke sana ke mari dengan mengusung kamera yang berat,” ujarnya lagi.

Katanya lagi pekerjaan sekarang membataskan pergerakan kerana dia banyak menghabiskan masa di konti dan berceloteh.

“Saya akui memang rasa tak selesa sebab bila pakai baju semuanya sendat,” kata Daniel lagi.

Disebabkan rasa tidak selesa akibat daripada berat badan yang semakin naik, Daniel kini sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Dia merancang untuk menguruskan semula badannya namun ia mengambil masa.

IKLAN

“Itulah orang kata nak naik senang sangat, bila nak turun memang liat,” katanya lagi.

Berat Naik 24kg, Daniel Lawak Solo Tak Selesa Baju Sendat

Tambah lagi, dia sedang cuba untuk menurunkan berat badan dengan mengawal pemakanan dan tidak kisah jika proses ini mengambil masa yang lama, asalkan dia berjaya untuk kurus semula seperti dahulu.

IKLAN

Sedikit info, sebelum Daniel bergelar juara Lawak Solo dia merupakan seorang juruvideo di salah sebuah syarikat penerbitan akhbar tempatan.

Daniel mempunyai kelulusan dalam bidang Penyiaran dan Filem daripada Kuala Lumpur Metropilitan Universiti (KLMUC).

Sumber: Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI