“Berani Mati Eh Gambar U…”- Gara-Gara Gambar Bercoli, Nabila Huda Ditegur Betty Rahmad

Share

Pelakon Nabila Huda atau sinonim dengan panggilan Abil telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Mengejutkan apabila gambar yang dimuat naik Abil memaparkan dia sedang berada di atas katil dan hanya memakai coli di atas katil.

Foto ‘berani mati’ itu pastinya mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.

“Selamat Pagi. @TheShorea” tulisnya.

Lantas, rakan aktres terbabit, Betty Rahmad telah meninggalkan komen pada gambar yang dimuat naik oleh pelakon berusia 34 tahun itu.

“Eh berani mati eh gambar u hahaha” tulis Betty dengan berseloroh.

Anak kepada Amy Search itu juga telah menerima pelbagai komen yang berbaur negatif dan kecaman daripada netizen di ruangan komen gambar tersebut.

Ada netizen yang tidak senang hati melihat gambar ‘daring’ tersebut dan merasakan Abil tidak sepatutnya berkongsi gambar sedemikian.

Foto : Instagram Nabila Huda

IKLAN